Pemasangan Komponen Komputer

 

 

Setelah selesai ujian awal, peringkat seterusnya, memasukkan papan induk ke dalam kotak komputer.  Pemacu CD-ROM juga dipasang di peringkat ini, memandangkan kebanyakan perisian datang dalam bentuk cakera padat (CD-ROM).

 

Ujian kali kedua ini untuk memastikan perkakasan seperti tetikus, papan kekunci dan pencetak boleh beroperasi.  Sambungan bekalan kuasa papan induk dan sambungan kipas CPU dibuka untuk memudahkan pemasangan seterusnya.  CPU, RAM, kad video serta jumper telah diuji di atas papan induk berkenaan dan tidak perlu diusik lagi.  Langkah-langkah pemasangan seterusnya (secara ringkas) seperti di bawah.

 

·               Penutup kotak komputer telah dibuka, keluarkan bahagian badan kotak komputer (petak alas) melalui beberapa skru A.

 

·               Lekatkan penebat merah (insulator) di antara papan induk dan petak alas dan skrukan dengan kemas seperti dalam rajah yang akan ditunjukkan nanti.  Tujuan penebat digunakan bagi mengelakkan litar pintas antara papan induk dan badan kotak komputer yang boleh membawa kepada kerosakan papan induk.

 

·               Pasang kabel-kabel reben cakera keras, pemacu CDROM dan pemacu cakera liut di slot masing-masing di atas papan induk.  Pasang sambungan kabel-kabel reben COM1, COM2 dan sambungan kabel pencetak LPT1 di tempat yang dicadangkan seperti dalam manual. 

 

·               Masukkan balik bahagian badan kotak komputer dan skru dengan kemas.    Setelah semua perkakisan dimasukkan ke dalam kotak komputer, sambungkan kabel-kabel reben dengan perkakasan-perkakasan tersebut.  Pastikan kedudukan pin 1 semua perkakasan seperti cakera keras, pemacu cakera liut dan pemacu CD­ROM dipasang mengikut peraturan.

 

·               Sambung semula bekalan kuasa P8 dan P9 ke papan induk jenis AT dan pastikan susunannya adalah betul.  Setelah itu sambungkan papan kekunci di peryambungnya dan tetikus di port COM1 .

 

§               Susun kabel-kabel reben dan baki penyambung bekalan kuasa agar kelihatan kemas dan rapi.  Yang penting laluan udara kawasan CPU dan unit bekalan kuasa tidak dihalang.

 

§               Lekatkan kabel signal monitor ke kad video dan satu kabel lagi ke kotak bekalan kuasa komputer.

 

§               Sambungkan kabel kuasa dari komputer ke bekalan elektrik di dinding.

 

 

 

Panduan Memasang Perkakasan Sistem Komputer

 

Seperti yang sedia maklum, penebat dipasang bagi memastikan papan induk tidak mengalami litar pintas yang boleh mengakibatkan kerosakan.  Cara yang paling baik untuk melekatkan penebat (insulator) merah di papan induk dengan menggunakan pita cellophane.  Penebat tidak akan mudah terjatuh semasa membuat pemasangan di bahagian petak alas.  Sekiranya ada cara lain yang lebih baik, teruskan ikut kreativiti masing-masing. 

 

Selepas dilekatkan penebat merah itu, pusingkan papan induk dan lekatkan di bahagian kotak komputer untuk diskrukan.

 

Sesetengah bahagian komputer mempunyai plag plastik siap menunggu, cuma letak papan induk dan tekan sedikit untuk melekatkannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Rajah A menunjukkan keadaan sebenar  penebat dipasang secara grafik. Biasanya penebat dipasang di dua posisi iaitu C dan D papan induk dan yang lainnya dilekatkan dengan plag plastik seperti dalam rajah B.

 

 

 

Sambungan Kabel-Kabel Pringkat Awal Di Atas  Papan Induk

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Setelah papan induk siap diletakkan di atas bahagian kotak komputer, sediakan kabel-kabel reben seperti dalam rajah di atas, Ada tiga kabel yang boleh dipassng iaitu kabel reben untuk pemacu cakera liut di slot FDC dan dua lagi kabel reben untuk cakera keras di slot IDE 0 dan pemacu CD-ROM di slot IDE 1.

 

Kabel reben 40 pin untuk pemacu CD-ROM harus dibeli secara berasingan walaupun kedua-dua pemacu boleh disambung pada satu kabel.  Kelebihan memasang pemacu CD-ROM di slot satu lagi, sistem tidak akan mengalami kelambatan kerana berkongsi satu laluan data.

 

Selain kabel-kabel reben, CPU, RAM, sambungan COM 1 dan sambungan LPT 1 sudah siap dipasang sebelum dimasukkan ke dalam kotak komputer bagi memudahkan kerja.

 

 


Dalam masa yang sama, persediaan perkakasan dalam kotak komputer harus dilakukan.  Penutup panel depan dibuka untuk ditempatkan pemacu CD-ROM.  Pasang pemacu CD-ROM dalarn slot di ruang seperti ditunjukkan dalam rajah di atas.  Skrukan pemacu dengan skru yang dibekalkan bersama pemacu tersebut.  Skru yang tidak sesuai boleh mengganggu operasi dan boleh merosakkan pemacu CD-ROM berkenaan.

 

Cakera keras dan pemacu cakera liut dimasukkan dari sisi di slot masing-­masing dan diskru dengan kemas.  Kini sudah siap di bahagian kotak komputer untuk tindakan selanjutnya.

Pemasangan Pemacu Cakera Liut

 

C Floppy dis agi membezakan pemacu A dan B,

1        Pasang pemacu cakera liut di slot depan komputer dan skru dengan kemas. (Yang telah dilakukan terdahulu).

 

2        Lekatkan kabel reben 34 pin di pemacu cakera liut serta pastikan kedudukan pin 1.  Hujung kabel riben sebelah lagi sudah sedia terpasang di slot FDC sebelum ini.

3        Sambungakan bekalan kuasa.

Nota:

Pernasangan pemacu cakera liut diletakkan di kabel reben bahagian A. Jika ada satu lagi pemacu cakera liut dipasang di penyambung B, ia akan dinamakan pemacu B dan susunannya mesti dipatuhi,

 

 

 

 

Pemasangan jumper cakera keras: Master atau slave?

 


Ketetapan (setting) jumper perlu diubah sekiranya ingin menukarkan cakera keras ke Utama (Master) atau Kedua (Slave). posisi jumper dalam rajah C menunjukkan cakera keras sebagai Master.  Dengan bantuan playar muncung tirus, jumper dikeluarkan seperti dalam rajah D untuk cakera keras dijadikan sebagai Slave.

 

Salah satu cakera keras harus ditukarkan sebagai slave sekiranya ada dua cakera keras disambungkan pada satu kabel reben 40 pin di slot IDE 0. Biasanya sistem operasi akan dipasang di cakera keras Utama (Master) yang bertindak sebagai laluan masuk dan cakera keras kedua (Slave) akan dimuatkan data-data penting dan sebagainya.

 

 

 

 

 

 

 

Pemasangan Cakera Keras

 

Panduan pemasangan cakera keras seperti di bawah.

 

  1. Untuk pemasangan ini, setkan jumper ke Master.
  2. Cakera keras sudah tersedia di slot khas dalam kotak komputer dan pastikan kedudukannya kemas.
  3. Sambungkan kabel reben 40 pin dan beri perhatian pada kedudukan pin 1. Hujung kabel reben sebelah lagi sudah tersedia dipasang di slot IDE 0.
  4. Sambungkan bekalan kuasa.

 

Nota:

Cakera keras boleh dipasang di kabel reben di penyambung A atau B.

 

 

Pemasangan Kad-kad Dalam Kotak Komputer

 

Pemasangan kad-kad (B) seperti kad video, kad bunyi, modem dalam dan kad rangkaian hampir sama semuanya.  Yang harus diambil perhatian, sama ada slot-slot tambahan mencukupi atau tidak.  Kepingan logani penutup (A) di panel belakarg, dikeluarkan selari dengan slot tambahan yang hendak digunakan.

 

Untuk kad grafik AGP, slot AGP rrenampung kad berkenaan.  Baki slot biasanya dari jenis PCI sebanyak empat atau lima slot dar slot ISA mungkin satu atau dua dibekalkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pemacu Optikal: CD-ROM & DVD-ROM

 

Teknologi CD telah diperkenalkan oleh Sony dan Philips pada tahun 1982 untuk muzik, dimanfaatkan pula oleh komputer pada tahun 1984.  Pemacu CD-ROM sekarang sudah menjadi satu kemestian Untuk semua komputer bagi menjalankan aplikasi-aplikasi yang datang dalam bentuk CD-ROM.  Muatan storan CD-ROM sebanyak 650MB pelbagai data atau 74 minit data audio bersamaan 450 keping disket.  Pemacu CD-ROM kini dalam kelajuan setinggi 52X yang bererti penghantaran data sepantas itu.  Kelajuan 1X bersamaan kadar kelajuan penghantaran data (transfer rate speed) sebanyak 150 KBps (Kilobyte per second) dan ini bererti pemacu CD-ROM 52X ialah 7800KBps.  Walau bagaimanapun, pemacu baru DVD-ROM (digital versatile disc-read only memory) telah mula mengambil tempat, yang dapat membaca data storan sehingga tujuh kali ganda dari CD-ROM biasa.  Pemacu tersebut cuma dapat membaca cakera DVD-ROM sahaja melainkan dibuat untuk boleh membaca CD-ROM dan DVD-ROM.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Pemilihan sama ada membeli pemacu CD-ROM atau pemacu DVD-Rom akan menjadi satu perkara yang berat. Nampaknya keluaran pemacu CD­ROM berhenti pada kelajuari 52X dan kelajuan itu sudah mencukupi untuk pengguna biasa.  Harganya juga berpatutan setakat ini.  Pemacu DVD-ROM sudah mula dibekalkan dalam penjualan komputer Desktop kebelakangan ini.  Harga pemacu DVD-ROM agak tinggi dan perisiannya agak terhad.

 

Semasa memegang cakera padat (CD-ROM), jangan sentuh permukaan cakera dan masukkan ke dalam bekasnya untuk mengelakkan dari kesan­-kesan jari atau calar.

 

Pemasangan Pemacu CD-ROM

 

  1. Setkan jumper ke Master dan pastikan nanti disambungan ke IDE 1. Sekiranya ada cakera keras di kabel reben slot IDE 1, buatkan pemacu CD-ROM sebagai 'Slave' dan cakera keras sebagai 'Master'.
  2. Pemacu CD-ROM sudah tersedia dipasang sebelum ini dan periksa sekali lagi kedudukannya adalah kemas.  Pasangan yang senget boleh menjejaskan operasi pemacu CD-ROM.
  3. Lekatkan kabel reben 40 pin di pemacu CD-ROM dan pastikan kedudukan pin 1. Kabel reben sebelah lagi sudah dipasang di papan induk sebelum ini.
  4. Pasang kabel sambungan kuasa di pemacu.
  5. Kabel audio akan disambungakan ke kad bunyi bila siap pemasangannya nanti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Bagaimana Pemacu CD-ROM bekerja?

 

Rajah isi hati dalam pemacu CD-ROM

 

A - Motor memusingkan CD-ROM pada kelajuan mengikut kemampuan pemacu dan mengimbangi putaran luar CD-ROM yang luas dan kawasan dalam CD-ROM yang kecil,

 

E3 - Pancaran laser mengena dataran kilat permukaan CD-ROM,

 

C - Permukaan kilat CD-ROM mengandungi data dalam bentuk binari 1 dan 0 (pit dan land),

 

 

D - Data yang dibaca ditukarkan kepada denyut'sinar yang difahami oleh komputer.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sambungan Tiga cakera keras dan satu pemacu CD-ROM                                                          

 

 

Mengikut kemampuan papan induk yang mempunyai dua slot sambungan IDE, ia boleh menampung sebanyak empat perkakasan storan iaitu tiga cakera keras dan satu cakera optik (tidak semestinya dalam susunan ini).

 

Panduan susunan cakera keras di tunjukkan seperti rajah di sebelah.  Cakera  keras yang ditambah adalah di bahagian Primary Slave (E) dan Secondary Master (D).  Cakera keras C dan pemacu CD-ROM F adalah dua perkakasan asal semasa pemasangan awal sebelum ini.  Terdahulu pemacu CD-ROM disetkan ke Secondary Master dan setelah tambahan cakera keras di slot IDE 1, ia ditukarkan ke Secondary Slave.  Cakera keras yang diletakkan di slot IDE 1 mengambil alih Secondary Master untuk operasi yang lebih berkesan.  Nama-nama susuan pemacu cakera keras seperti di bawah.

 

 

 

Sambungan Papan Kekunci dan Tetikus

 

Ditunjukkan sambungan-sambungan papan kekunci dan tetikus jenis bersiri dan PS/2.  Papan kekunci dan tetikus bersiri, biasanya terdapat pada sistem AT. Jenis perkakasan-perkakasan PS/2, biasanya digunakan pada sistem berjenama dan ATX.

 

Kod warna digunakan untuk membezakan perkakasan bagi mengelakkan kesilapan semasa membuat penyambungan di panel belakang komputer.

 

Penyambung papan induk (ungu), Penyambung tetikus (Hijau), Penyambung VGA (Biru Tua), Port LPT1 (Merah) , Port Permainan (Oren).

 

 Kad Bunyi – Laluan Mikrofon (Merah Jambu), Lalauan Pembesar suara (Hijau Muda) dan Lalauan Line-in (Biru Muda).

 

 

Pemasangan Suis dan Lampu Panel depan PC

 

 

Lampu-lampu panel PC diperlukan bagi panduan PC sedang beroperasi.  Lampu panel 'Power' akan sentiasa menyala berterusan bila komputer dipasang.  Lampu 'HDD' akan menyala dan padam untuk menunjukkan cakera keras sedang membaca, menulis atau memadam sesuatu.  Butang 'Reset' digunakan bila keadaan memerlukan untuk komputer dibut semula (reboot).  Sambungkan kabel-kabel kecil ini dipenyambung yang dikhaskan seperti rajah di bawah.  Di hujung kabel-kabel berkenaan ada dilabelkan nama-nama komponen seperti HDD LED, RESET dan POWER untuk memudahkan keda-kerja penyambungan.  Rujuk manual untuk mendapatkan sambungan yang betul,

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Rajah samburgan perkakasan di atas papan AT induk bertujuan sebagai rujukan lebih jelas.

 

 

 

Aktiviti papan induk semasa ujian

 

Sebelum memasang suis komputer, ulang periksa sekali lalu bagi menentukan semua perkakasan yang telah disambung itu betul kedudukannya.  Kotak komputer jangan ditutup lagi untuk melihat aktiviti di atas papan induk.  Pasang suis komputer dan perhatikan skrin monitor sambil menekan kekunci Del berulang-ulang untuk mendapatkan CMOS setup.  Yang paling penting setakat ini, pastikan kipas CPU dan kipas unit bekalan kuasa berfungsi.  Sekiranya kedua-dua kipas tidak berpusing, tutup suis dan cari kerosakan sebelum meneruskan ujian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Nota:

 

Dengan adanya paparan CMOS setup, ini bererti papan kekunci berfungsi.  Sekiranya paparan CMOS setup seperti setakat paparan skrin sahaja, cuba periksa sambungan papan kekunci di papan induk atau gantikan papan kekunci dengan yang lain.