Make your own free website on Tripod.com

Konfigurasi Program Mel Elektronik

 

Ada beberapa cara untuk membuat konfigurasi mel elektronik atau e-mel, terpulang kepada jenis program yang digunakan seperti Mail dalam browser Netscape Communicator atau Express Outlook. Sebagai contoh, konflgurasi dibuat pada browser Netscape Communicator 4.7, akaun TMnet dan sistem operasi Win98.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Program Netscape dipasang dengan bantuan CD-ROM yang dibekalkan bersama perkakasan modem atau dipindahturun dari Internet.

 

1.      Klik ikon Netscape di laman Desktop A untuk lancarkan browser dan tetingkap B akan dipaparkan. Skrin B akan muncul sekiranya konfigurasi e-mel belum dibuat.

 

2.      Klik butang Next untuk tindakan seterusnya (Skrin C).

 

3.      Di skrin C, masukkan nama penuh dan alamat e-mel seperti contoh yang telah dibuat. Klik butang Next untuk ke skrin D.

 

4.      Di skrin D, periksa maklumat dan sekiranya didapati betul, klik Next untuk ke paparan E.

 

 

Nota:

Setelah melayari Internet buat pertama kalinya dengan browser Netscape, setting untuk Users akan menambah fail cache seperti di atas (i).

 

 

5. Ubah Outgoing mail server dalam skrin E mengikut peraturan ISP TMnet seperti yang telah dibuat. Klik Next untuk ke skrin F. (Outgoing mail TMnet: smtp.tm.net.my)

6. Di skrin F, masukkan nama pengguna di Mail server user name (contoh) dan Incoming Mail Server bagi ISP TMnet. Pilih POP3 untuk jenis e-mel yang digunakan. Klik Next untuk ke skrin G. > (Incoming Mail TMnet: pop.tm.net.my).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Dalam skrin G di atas, klik butang Finish dan tetingkap Dial-UP Connection H disediakan sekiranya ingin terus melayari Internet.

 

Isikan nama pengguna dan kata laluan pilihan sendiri, klik butang Connect sambil menunggu modem disambungkan. Browser Netscape akan menampilkan tetingkap Dial-Up Connection khas seperti yang tertera di atas. Sekiranya diujudkan ikon sambungan dari

laman Dial-Up Networking, tetingkap sambungan yang lain akan tercipta.

 


Makna-makna paparan tetingkap semasa ingin ke Internet.

         Tetingkap A menunjukkan sambungan awal Cuba dibuat.

         Tetingkap B, Cuba mengesahkan nama pengguna dan kata laluan.

         Tetingkap C berlaku bila talian sibuk atau kata laluan salah. Periksa kata laluan dan Cuba lagi pada waktu kurang sibuk.

         Tetingkap D menunjukkan tiada nada dail, mungkin disebabkan sambungan talian ke modem tidak kemas. Periksa nada dail Dan Cuba sekali lagi atau lapur pada pembekal talian telefon mengenai ketiadaan nada dail.

 

 

 

 

 

Masalah mendapatkan mel elektronik (e-mel)

 

Sekiranya kesukaran mendapatkan e-mel buat pertama kalinya, Cuba periksa nama pengguna Dan alamat e-mel yang tersimpan dalam browser. Browser yang digunakan dalam kes ini ialah Netscape Communicator 4.7.

 

1 - Lancarkan Netscape, klik Edit di skrin A untuk memilih Preferences dan skrin B akan keluar di skrin monitor.

 

2 - Klik Mail & Newsproups dan pilih Identity untuk memastikan nama pengguna Dan alamat e-mel seperti contoh dalam bulatan.

 

Bersambung ke skrin C. >

 

3 - Di skrin Preferences C yang sama, klik Mail Servers, pastikan tiga maklumat di ruangan Incoming Mail Servers, outgoing mail server dan Outgoing mail server user name seperti yang disyaratkan oleh pihak ISP.

 

4 - Klik Edit dan tetingkap D akan dipaparkan. Pastikan tiga maklumat dalam ruangan yang disediakan adalah betul. Klik OK dua kali berturut-turut untuk tamatkan pemeriksaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Penjagaan modem

 

Modem luar atau dalam sama dari segi operasi. Cuma modem luar ada lampu isyarat mengenai keadaan semasa dalam sambungan. Makna lampu-lampu modem seperti berikut:

CD - Carrier detect (kesan pancaran signal)

RD - Receive data (menerima data)

TD - Transmit data (menghantar data)

CTR - Data terminal ready (terminal data tersedia)

SG - Signal ground (signal bumi)

DSR - Data set ready (set data tersedia)

RTS - Request to send (minta untuk dihantar)

 

Penjagaan modem hanya bila dalam keadaan ia beroperasi. Ketika hujan ribut, seharusnya sambungan ke Internet diputuskan dan disambung pada waktu lain. Kilat sebenarnya musuh modem yang paling ketat. Modem yang disambung dengan talian luar, terdedah kepada unsur-unsur yang tidak diingini. Walaupun ada peralatan bagi membantu mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku, lebih baik modem ditutup dari menyesal kemudian. Kalau nasib tidak baik, kemungkinan perkakasan komputer turut rosak. Panahan kilat bervoltan tinggi sangat bahaya pada peralatan elektronik seperti komputer umpamanya. Manusia juga tidak terlepas sekiranya tidak berhati-hati dan mengambil tindakan perlu.

 

Ujian mudah sekiranya modem terkena kilat

 

Bila tiba-tiba saja modem meragam, terutamanya selepas hujan dan setelah puas beberapa kali tidak berjaya memasang semula driver modem, ia mungkin disyaki mengalami kerosakan yang paling ditakuti iaitu terkena kilat. Satu cara mudah menentukan modem terkena kilat atau tidak adalah dengan menyambungkan talian telefon dan telefon di modem untuk mendengar nada dail. Sekiranya ada, bererti modem baik dan ada harapan. Sebaliknya jika tiada nada dail, modem mungkin sudah rosak. Kalau kurang yakin akan kerosakan modem, beri pada juruteknik komputer untuk membuat ujian yang lebih terperinci. Lepas itu terserahlah ... dengan panduan penjagaan, amaran sudah diberi...

 

Ingin tambah pengetahuan mengenai perlindungan perkakasan dari panahan kilat? Lawat laman-laman web berikut:

 

 

 

 

 

 


Pengguna Internet dan sambungan ke ISP

 

 

Pandangan sebuah rumah pengguna Internet dan sambongan ke ISP.

Peralatan pengguna dibesarkan secara jelas dan terperinci.

 

Semasa ribut petir, modem jangan dipasang bagi menggelakkan dari disambar kilat. Bagi modem luar, sentiasa ditutup suis modem bila tidak digunakan. Sambungan talian telefon juga diputuskan dari perkakasan modem berkenaan.

 

 

 

 

 

 

Menukar kata laluan TMnet

 

Kata laluan harus ditukar untuk mengelakkan dari dikesan atau diketahui orang, Macam-macam perkara buruk atau kurang baik boleh berlaku sekiranya terdedahnya kata laluan dan boleh membawa padah kepada pemilik kata laluan berkenaan.

 

Cara menukar kata laluan untuk pengguna TMnet agak mudah iaitu dengan mengikut beberapa langkah dan peraturan. Pertukaran kata laluan TMnet hanya boleh dibuat pada waktu pejabat saja.

 

Pertama sekali, pastikan browser yang digunakan menyokong SSL iaitu secure socket layer. Ini disetkan pada browser itu sendiri tidak kira browser Netscape atau Internet Explorer. Untuk browser Netscape versi 4.7, cari bahagian Tools, Security Info dan pilih SSL v3. Pada Netscape versi 6, buang komponen TSL dahulu sebelurn SSL dapat dipilih. Untuk Internet Explorer 5 pula, klik Tools, Internet Options, Advanced dan tanda petak SSL 3.0.

 

Setelah sernua selesai, layari Internet untuk ke laman TMnet (www.tm.net.my) dan pilih 'Change Password' iaitu bahagian untuk menukarkan kata laluan. Ikut arahan seterusnya dengan memasukkan ID pengguna serta kata laluan sebanyak dua kali dan klik 'Submit'. Selepas 24 jam, cuba kata laluan baru untuk pastikan ia sudah boleh digunakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Dalam skrin di atas, masukkan di ruang 'Location', alamat laman web yang hendak dilayari. Untuk memudahkan mencari maklumat, cuba guna enjin carian (search engine) seperti Yahoo, Altavista, Cari, Catcha dan sebagainya.