Pencetak

 

Pencetak Inkjet Dan Laser

Ada berbagai-bagai jenis pencetak yang boleh dipilih untuk pengguna rumah, antaranya pencetak inkjet (bubble jet) atau pencetak laser. Pencetak dot matrik kurang popular dan kian berkurangan. Ia sangat bising serta lambat bila beroperasi tetapi agak penting sekiranya diperlukan untuk membuat stensil kerana kekuatan mata cetaknya. Pencetak tersebut tidak akan dibincangkan di sini.

 

Pencetak inkjet dan laser ada kelebihan dan kekurangannya. Bagi sesetengah pencetak inkjet model biasa, kelambatan cetak dan kos ink kartrij (cartridge) yang tinggi harus diambil kira. Harga sebuah pencetak inkjet agak murah iaitu dalam lingkungan RM300 berbanding pencetak laser. Harga pencetak laser untuk model yang paling rendah pula lebih kurang RM900.

 

 

Jumlah Cetakan

Jumlah cetakan bagi inkjet model biasa sebanyak 2 hingga 5 muka seminit (ppm - pages per minute), memerlukan kertas yang mahal untuk mendapatkan hasil yang baik. Sekiranya ink warna digunakan, mencetak salinan hitam putih agak perlahan berbanding dalam bentuk warna.

 

Pencetak laser lebih laju, dapat mencetak di kertas yang biasa dan murah. Pencetak laser boleh mencetak sebanyak 8 hingga 12 muka seminit. Dari segi kegunaan ink, kos bagi pencetak inkjet lebih kurang 8 sen ke 10 sen semuka dan separuh pula bagi pencetak laser.

 

Terdapat juga pencetak inkjet serba guna iaitu selain mencetak ia boleh mengimbas, fotostat dan menghantar fax, Kebanyakan pencetak inkjet mengeluarkan kualiti cetakan yang amat cantik.

 

Pemilihan pencetak terpulang kepada individu serta kegunaan yang hendak dibuat. Sebelum membeli pencetak, sebaiknya dapatkan maklumat dari pengeluar seperti jaminan dan kemampuan mencetak.

 

Pencetak dan aksesori

 


Pencetak diperlukan untuk mencetak maklumat (hard copy) yang dikehendaki. Pemasangan driver amat mudah untuk pencetak keluaran terkini. Masuk saja driver CD-ROM ke pemacu CD-ROM komputer, ikut arahan dan dengan sekelip mata pemasangan selesai.

 

Aksesori Pencetak

 

Semasa membuat pembelian pencetak, pastikan diberi manual, adapter (untuk sesetengah pencetak), satu kartrij inkjet dan driver CD-ROM. Kabel pencetak tidak dibekalkan dan harus dibeli berasingan atau diberi oleh penjual pencetak atas dasar persefahaman.

 

 

 

 

Pandangan sambungan pencetak di port LPT1 di panel belakang komputer ATX. Kini ada pencetak yang menggunakan port USB untuk mempercepatkan proses mencetak.

 

Keterangan sambungan komponen-komponen di panel belakang komputer di atas.

 

Pencetak - Port LPT I (Line Printer Terminal 1)

Adapter untuk pencetak - Disambungkan ke punca AC dinding

Papan kekunci - Penyambung PS/2 papan kekunci di papan induk

Tetikus - Port PS/2 tetikus

Monitor - penyambung kad video dan satu kabel lagi ke bekalan elektrik.