Make your own free website on Tripod.com

Apa itu virus?

 

Virus dalam komputer ialah satu program kecil bertujuan merosakkan sistem operasi dan menyebabkan komputer tidak boleh berfungsi dengan baik atau mati terus. Selalunya virus akan menyerang sektor but (boot sector), fail *.exe dan *.com. jenis-jenis virus ini dipanggil virus but dan virus fail, Terdapat satu lagi virus dipanggil virus macro yang akan merosakkan fail data program Microsoft Word dan Excel. Secara lazimnya virus akan membiak, memindah dan memadam fail-fail data pada masa-masa tertentu atau semasa program dibuka.

 

Chernobyl

 

Serangan virus boleh berlaku dengan cara ia akan bertindak pada tarikh-tarikh tertentu atau beberapa kali pengguna menekan kekunci tertentu. Contoh virus tersebut ialah virus Chernobyl yang menyerang pada 26 April lepas atau tahun sebelumnya. Virus tersebut mampu memadam kandungan rekod but utama (Master boot record) serta BIOS dan menghilangkan data-data dalam cakera keras, membuat perkakasan-perkakasan seperti papan induk dan cakera keras tidak boleh digunakan lagi.

 

Kerosakan BIOS dikira serangan yang paling hampir kepada kerosakan perkakasan. Biasanya serangan virus ditujukan kepada program-program dalam sistem operasi (perisian) dengan memusnahkan fail-fail penting. Sistem akan lumpuh sekiranya tiada ubat yang tepat untuk memulihkan keadaan. Perkembangan dan berita-berita mengenai virus harus diikuti setiap masa dari media massa atau Internet. Setiap amaran serangan virus diberi perhatian walau sekecil manapun.

 

Pengguna komputer harus menghadapi hampir 45,000 virus yang dikenali dan pertumbuhan 200 virus setiap bulan. Program virus dicipta oleh programer-programer dengan niat negatif. Apa yang harus dibuat oleh para pengguna komputer, perlu berhati-hati dengan disket yang digunakan di pemacu A serta kandungan e-mel dan fail pindahturun dari Internet yang mencurigakan. Pemasangan permainan komputer dari CD-ROM harus diberi perhatian kerana penyibaran virus kadang-kadang melaluinya. Dapatkan sebuah program anti-virus terkini bagi tujuan mengimbas komputer setiap ketika dan masa dari diserang virus tanpa disedari.

 

Nota:

*.com di atas bererti nama fail seperti command.com atau format.com.

 

 

 

 

Apa litu pepijat Y2K?

( dalam kenangan)

 

Y2K ialah Alaf Baru atau 'Year 2000' yang akan membawa beberapa kesan terhadap bidang IT (Information Technology). Y bermaksud tahun, 2 pula angka 2 dan K ialah Kilo atau ribu (000).

 

Komputer jenama IBM dibina pada tahap yang amat kerdil diawal 80an. Storan terlalu kecil dan setiap bait (byte) sangat berharga. Satu cara penjimatan adalah dengan mengurangkan angka pada tahun, iaitu dari 4 ke 2 sahaja (1980 jadi 80). Kian hari storan kian bertambah untuk menampung program yang besar dan sesetengah pengeluar perisian atau perkakasan (BIOS) mula menggunakan 4 angka bagi tahun. Apabila tiba pada tahun 2000, perisian atau perkakasan-yang masih tinggal pada tahun 2 angka akan menghadapi masalah. Masalah ini dipanggil 'bug' atau pepijat dalam dunia IT. Komputer beranggapan tahun 2000 itu 1900 dan kemungkinan sistem bercelaru. Sistem yang dikeluarkan pada tahun 1997 ke atas mematuhi Y2K. Tarikh keramat itu telah berlalu dan syukur ia berlalu tanpa sebarang masalah.

 

Semasa ingin membuat pembelian perkakasan, perhatikan logo di kotak dan cip BIOS yang menyatakan ia Y2K compliant'. Cara ini yang paling selamat bagi menentukan perkakasan mempunyai persediaan Alaf Baru.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Apa itu Overclocking?

 

Overclocking atau lampau detik merujuk kepada kelajuan CPU pada tahap yang lebih daripada yang sebenarnya, biasanya ke satu atau dua tahap dari kelajuan CPU. Tujuannya untuk meningkatkan kelajuan CPU tanpa memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sebagai contoh, CPU 600MHz ditingkatkan antara 650MHz hingga 800MHz. Tiga cara boleh dilakukan seperti menukarkan ketetapan jumper di atas papan induk atau di dalam CMOS Setup, meningkatkan sistem bas (FSB) dan menukarkan voltan operasi CPU.

 

Kelajuan dikira dengan cara mendarab sistem bas dan multiplier seperti dalam rajah di bawah (A) iaitu 100X6 untuk kelajuan CPU asal. Dalam rajah bahagian B, CPU ditingkatkan kepada 650MHz dengan menukarkan jumper ke multiplier 6.5. Dalam rajah bahagian C, bas 100MHz boleh ditingkatkan kepada 133MHz mengikut kernampuan sesetengah papan induk. Kelajuan CPU boleh mencapai ke tahap 800MHZ iaitu anggaran dari kiraan rajah C. Menukarkan voltan operasi CPU memerlukan kepakaran tinggi, rujuk manual atau laman web untuk keterangan lanjut. (www.anandtech.com atau www.tomshardware.com).

 

 

 

 

 

 

 


Kebaikan kepada tingkatan ini, tentunya melajukan lagi prestasi komputer. Keburukannya pula, sekiranya tidak berhati-hati, ia boleh merosakan CPU dan keseluruhan sistem. Ini berlaku akibat dari kepanasan CPU yang bertambah sehingga kadang-kadang boleh mencairkan soket. Pemasangan kipas 'heavy-duty' boleh menyelesaikan masalah ini. Sekiranya selepas overclocking, sistem tidak stabil, meragam atau panas tidak menentu, tukar ketetapan jumper ke asal dan lupakan overclocking sama sekali.

 

Selain melajukan CPU, ada beberapa perkara lain yang boleh meningkatkan prestasi komputer seperti menambah RAM fizikal, menukar cakera keras jenis 7200 rpm atau berasaskan sambungan SCSI, kad video grafik AGP dengan RAM jenis DDR sebanyak mungkin dan papan induk yang mempunyai cache yang banyak.