Make your own free website on Tripod.com

Tips Penjagaan PC

 

Penjagaan terhadap PC selalunya tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Penyelenggaraan ringkas dan betul menyelamatkan sistem dari kerosakan serius. Panduan penjagaan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu perkakasan dan perisian. Tips yang diberi hanya sebagal panduan dan cadangan sahaja, boleh ditambah atau diubahsuai mengikut kehendak masing-masing. Senarai tips yang disusun ini mungkin dapat membantu sedikit sebanyak cara-cara mengendali komputer peribadi.

 

Penjagaan perkakasan komputer

 

Dapatkan sebuah peranti UPS (Uninterrupted Power Supply atau Voltage Stabilizer) untuk menyelamatkan data atau perkakasan komputer sekiranya bekalan elektrik tertutup dengan mengejut atau keadaan arus elektrik yang kurang stabil. Windows sangat tidak gemar penutupan secara kasar kerana ia memerlukan Shut Down yang sempurna. Peralatan UPS boleh juga mengurangkan kebisingan pada talian kuasa elektrik.

 

Letakkan disket dan CD-ROM di dalam bekasnya (jewel box) untuk elak dari debu, kesan calar atau kelembapan. Pegang CD-ROM dengan tidak menyentuh permukaan kilat.

 

Tutup komputer, monitor dan pencetak dengan penutup plastik atau kain sekiranya ia tidak akan digunakan agak lama.

 

Seterusnya tips dalam bentuk rajah dengan cara penjagaan yang meliputi perkakasan seperti monitor, kotak komputer, bekalan kuasa, CPU, papan kekunci, tetikus, pembesar suara, mikrofon dan pencetak. Panduan yang diberikan mungkin bukan yang terbaik tetapi sekurang-kurangnya boleh membuka minda untuk mencari cara yang lebih sempurna.

 

 

Peralatan

 

Peralatan yang di perlukan untuk penjagaan perkakasan seperti berikut:

 

Tisu, kain, berus lukis berbagai saiz (kecil, sederhana dan besar), kit pencuci CD, bekas air, sekotak kecil kapas dan kapas bayi.

 

Lampu suluh kecil dan mesin vakum.

 

 

 

 

 

 

 

 

Penjagaan Monitor

 

Penjagaan perkakasan komputer perlu dilakukan secara berterusan. Ambil satu masa yang terluang untuk melakukan kerja-kerja pembersihan perkakasan.

 

Monitor

 

 

 

 

 

 

 

 

Penjagaan kotak komputer dan kandungan

 

 

Perkara-perkara yang boleh dilakukan bagi penjagaan kotak komputer.

 

 

 

 

Penjagaan unit Bekalan Kuasa

 

Tidak banyak yang boleh dilakukan mengenai penjagaan unit bekalan kuasa. Satu dua perkara yang dilakukan boleh menyelamatkan sesuatu keadaan yang mungkin akan berlaku.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Komputer harus dilindungi dari bekalan elektrik yang tidak stabii seperti berikut:

 

 

 

 

 

Penjagaan CPU

 

 

Sesekali hati harus berani membuka kipas CPU dari tempatnya untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Kalau dilakukan dengan betul dan cermat, semuanya akan berjalan dengan lancar.

 

 

 

Penjagaan Papan Kekunci Dan Tetikus

 

Apakah dua perkakasan luar yang paling banyak bergerak atau paling aktif. Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah papan kekunci dan tetikus. Sudah pasti penjagaannya lebih dari yang lain kerana kedua-duanya juga mudah rosak. Satu lagi perkakasan yang sangat aktif, tentunya cakera keras yang setiap ketika berpusing tanpa henti-henti. Penjagaannya lebih kepada penutupan yang betul dan penyusunan fail yang kerap.

 

A - Papan kekunci

 

B - Tetikus

 

 

 

Penjagaan Pembesar Suara dan Mikrofon

 

 

 

 

 

Rajah menunjukkan peralatan-peralatan yang digunakan

 

 

 

 

 

Penjagaan Pencetak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cara-cara mengisi ink refill. berbeza mengikut pengeluar masing-masing dan salah satu cara seperti di bawah.

 

 

 

 

Penjagaan Perisian - Win95

 

 

 

 

 

 

 

Driver Perkakasan

 

 

 
Win95 - Backup Registry dan konfigurasi.

 

 

 

 

Ikut arahan sehingga selesai dan simpan disket di tempat yang selarnat untuk digunakan nanti jika perlu. Fail-fail yang disimpan dalam disket ERD kebanyakanya dalam bentuk mampat seperti ERD, config.s_s, autoexec.b-t, win.ij, system.H, protocol-U, user.d-t, system.d-t, io.s_s, command.c_m dan msdos.s-s.

 

Sekiranya komputer mula meragam, masukkan disket di pemacu A, hidupkan komputer, semua fail-fail dalam sistem seperti di atas akan digantikan dan komputer akan berfungsi semula. Kalau komputer masih tidak boleh dibaiki dengan cara ini, siasat program terakhir atau pemacu perkakasan yang bermasalah. Buangkan dan pasang semula dengan driver terkini.

 

Ikut arahan dan masukkan nama backup untuk rujukan bila tiba masanya nanti. Sandaran yang dibuat disimpan dalam cakera keras. Sekiranya ingin restore Windows yang bermasalah, masukkan CD-ROM Win95 dan taip seperti baris di atas semasa membuat salinan sandaran, pastikan fail backup terakhir atau yang boleh dipercayai digunakan. Tanda fail sandaran berkenaan dan tekan kekunci Enter, tunggu sehingga selesai dan sistem akan beroperasi semula.

 

 

Win98 - Backup Registry

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lima senarai registry yang terakhir dipaparkan dengan tarikh-tarikh bila ia dibuat. Seharusnya pilih satu backup semasa sistem bekerja dengan baik dan tidak bermasalah. Pilih tab restore dan kalau semua berjalan dengan baik, sistem operasi akan dapat dijalankan semula dengan sempurna.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Paparan di atas akan muncul bila registry cuba dibetulkan dengan fail scanreg yang tersimpan dalam Win98.