Make your own free website on Tripod.com

GLOSARI

 

AC - Alternating current (Arus elektrik). Bekalan kuasa elektrik bervoltan 240V, dibekalkan oleh Tenaga Nasional, Malaysia.

 

AGP - Port AGP untuk kelajuan data video dihantar ke monitor iaitu sebanyak dua kali ganda berbanding kad video PCI. AGP bermaksud Accelerated Graphics Port terdapat dikebanyakan papan induk ATX. Di bawah diturunkan sukatan kelajuan bas serta jumlah penghantaran data di slot PCI dan AGP untuk perbandingan. Sistem operasi Win98 ke atas menyokong kelajuan AGP 4X dan sebaliknya Win95 ke bawah dan WinNT 4.0 tidak sama sekali.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


AT - Teknologi masa depan (Advanced Technology) iaitu nama yang direka sejak awal komputer dibina pada tahun 80an.

 

Basic System - Komputer Sistem Asas, terdiri dari komputer yang tidak ada bunyi dan tidak boleh Internet.

 

BIOS - Basic Input-Output System ialah satu cara di mana sebuah cip digunakan bagi komputer beroperasi dengan sistem mengenai perkakasan.

 

Browser - Perisian pelayar digunakan untuk melayari Internet seperti Internet Explorer, Netscape, Opera dan lain-lain lagi.

 

Cache - Satu jenis memori yang terdapat pada sesetengah CPU dan papan litar. Ia digunakan bagi CPU menyimpan data bagi kepantasan pengambilan balik sebelum ke storan HDD. Dalam dunia Internet, cache lebih merupakan sebuah direktori menyimpan fail-fail laman web yang dilawati.

 

CD-ROM - Compact disc bagi menyimpan data untuk dibaca oleh komputer sama ada program atau dalam bentuk lagu. CD-ROM drive ialah pemacu CD-ROM yang cuma boleh membaca data dari CD atau VCD.

 

 

CMOS - Complementary metal-oxide semiconductor, cip yang menyimpan maklumat perkakasan komputer.

 

CPU - Central processing unit, pusat memproses data pada keseluruhan sistem komputer.

 

DC - Direct current iaitu sumber kuasa seperti dari sebuah bateri.

 

DOS - Disk operating system. Sistem operasi untuk komputer sebelum adanya Window3.11, Win95 atau Win98.

 

EDO - Extended Data Out iaitu RAM jenis laju satu ketika dulu, biasanya digunakan untuk sistem Pentium lama (papan induk Socket 7).

 

FDD - Floppy Disk Drive (pemacu cakera liut). Digunakan untuk menulis dan Membaca disket.

 

FPM - Front Page Mode iaitu RAM yang biasa (normal RAM) untuk papan induk 486.

 

FSB - Front Side Bus bererti kelajuan antara CPU dan memori (RAM). Kelajuan papan induk 100 MHz bererti CPU dan RAM berinteraksi setakat kelajuan itu saja.

 

Hardware - Perkakasan komputer terdiri dari kad-kad litar, tetikus, papan kekunci, monitor dan lain-lain lagi.

 

HDD - Harddisk drive atau pemacu cakera keras iaitu storan untuk menyimpan data dan sistem operasi.

 

Internet - Rangkaian komputer global yang terdapat berbagai-bagai maklumat untuk rujukan,

 

Internet Ready - Sistem komputer yang dibekalkan modem untuk kemudahan Internet.

 

ISP - Perkhidmatan Penyedia Internet (Internet Service Provider), seperti namanya memberi perkhidmatan sambungan ke Internet. Antara ISP yang aktif di Malaysia ialah Tmnet dan Jaring.

 

LED - bererti diod pemancar cahaya (light emitting diode) merupakan diode semikonduktor kecil yang memancarkan cahaya. la murah dan beroperasi dengan voltan rendah serta jangka hayat yang panjang.

 

MB - Megabyte iaitu dalam angka juta. 1MB bersamaan sejuta byte atau sebenarnya 1,048,576 bait dalam kiraan binari.

 

Mb - Megabit iaitu yang berkenaan kelajuan penghantaran data seperti melalui perkakasan modem.

 

Motherboard - Papan induk di mana diletakkan berbagai-bagai jenis kad seperti kad bunyi, kad video, modem dan lain-lain lagi.

 

MP3 - Motion Picture Experts Group (MPEG) Audio Layer 3 berkenaan fail audio yang dimampat dan dimainkan dengan perisian MP3. Kualiti MP3 setanding media CD (cakera padat).

 

MPC - Multimedia Personal Computer yang mempunyai sistem multimedia di mana komputer boleh memainkan VCD, CD dan boleh berkaraoke.

 

Network - Komputer yang disambungkan di antara satu sama lain dan boleh menyalin atau menghantar fail-fail sesama sendiri.

 

RAM - Random access memory (Memori ingatan rawak). Memori sementara yang digunakan oleh komputer tersimpan dalam RAM dan akan hilang bila komputer ditutup

 

SCSI - Singkatan dari Small Computer System Interface, antaramuka sambungan ke perkakasan jenis SCSI seperti cakera keras dan pencetak. Perkakasan . menggunakan SCSI lebih laju dan mahal berbanding jenis IDE dan port bersiri (LPT1).

 

Stand-alone - Sebuah komputer yang bekerja sendirian dan tidak mengharapkan bantuan komputer lain.

 

SVGA - Super Video Graphics Adapter, kad video yang mempunyai resolusi yang baik.

 

Software - Perisian di dalam komputer, membolehkan kita menggunakannya untuk melaksanakan berbagai-bagai tugas dengan mudah.

 

Papan kekunci - Cara data dimasukkan ke dalam PC iaitu dengan menaip di papan kekunci dan ia bertindak sebagai peranti input.

 

PC - Personel computer, sebuah komputer peribadi yang tidak dirangkai ke mana-mana.

 

PCI -Peripheral component interconnect, slot tambahan untuk perkakasan 32-bit.

 

PnP - Plug and Play bermaksud kad-kad yang menggunakan sistem PnP dengan mudah dikesan oleh sistem seperti Win95, Win98, WinMe dan WinXP.

 

POST-Bermaksud power-on self test bertujuan menguji perkakasan seperti RAM, HDD, tetikus dan papan kekunci semasa komputer dihidupkan. Sekiranya kerosakan dikesan, kod beep akan dibunyikan oleh sistem.

 

USB - Universal serial bus, komponen yang dicipta untuk mempercepatkan penghantaran data antara perkakasan yang disambungkan dengannya. Perkakasan boleh disambung tanpa menutup sistem atau diistilahkan sebagai 'hot plugging'. Perkakasan-perkakasan jenis USB yang boleh disambungkan ke soket USB komputer seperti pencetak, modem, tetikus, papan kekunci dan sebagainya. USB 1.1 boleh memindah data dengan kelajuan 12 Mbps iaitu 12 megabit sesaat dan yang terbaru USB 2.0 pula selaju 480 Mbps. Cara pemindaHan data yang terbaru dan menjadi saingan USB ialah FireWire yang mampu beroperasi dengan kelajuan 400 Mbps.

 

VCD - Video compact disk (Video cakera padat) bererti cakera padat yang dimuatkan data video bergerak seperti wayang gambar untuk dimainkan dengan pemacu CD-ROM.

 

VGA - Video graphics adapter juga dipanggil kad VGA untuk disambungkan ke monitor. Paparan yang baik dan sempurna memerlukan kad video yang mempunyai RAM yang banyak.