Setelah
selesai ujian awal, peringkat seterusnya, memasukkan papan induk ke dalam kotak
komputer. Pemacu CD-ROM juga dipasang
di peringkat ini, memandangkan kebanyakan perisian datang dalam bentuk cakera
padat (CD-ROM).
Ujian kali kedua ini untuk memastikan
perkakasan seperti tetikus, papan kekunci dan pencetak boleh beroperasi. Sambungan bekalan kuasa papan induk dan
sambungan kipas CPU dibuka untuk memudahkan pemasangan seterusnya. CPU, RAM, kad video serta jumper telah diuji
di atas papan induk berkenaan dan tidak perlu diusik lagi. Langkah-langkah pemasangan seterusnya (secara
ringkas) seperti di bawah.
·
Penutup kotak komputer telah dibuka, keluarkan
bahagian badan kotak komputer (petak alas) melalui beberapa skru A.
·
Lekatkan penebat merah (insulator) di antara
papan induk dan petak alas dan skrukan dengan kemas seperti dalam rajah yang
akan ditunjukkan nanti. Tujuan penebat
digunakan bagi mengelakkan litar pintas antara papan induk dan badan kotak
komputer yang boleh membawa kepada kerosakan papan induk.
·
Pasang kabel-kabel reben cakera keras, pemacu CDROM
dan pemacu cakera liut di slot masing-masing di atas papan induk. Pasang sambungan kabel-kabel reben COM1,
COM2 dan sambungan kabel pencetak LPT1 di tempat yang dicadangkan seperti dalam
manual.
·
Masukkan balik bahagian badan kotak komputer
dan skru dengan kemas. Setelah semua
perkakisan dimasukkan ke dalam kotak komputer, sambungkan kabel-kabel reben
dengan perkakasan-perkakasan tersebut.
Pastikan kedudukan pin 1 semua perkakasan seperti cakera keras, pemacu
cakera liut dan pemacu CDROM dipasang mengikut peraturan.
·
Sambung semula bekalan kuasa P8 dan P9 ke papan
induk jenis AT dan pastikan susunannya adalah betul. Setelah itu sambungkan papan kekunci di peryambungnya dan tetikus
di port COM1 .
§
Susun kabel-kabel reben dan baki penyambung bekalan
kuasa agar kelihatan kemas dan rapi.
Yang penting laluan udara kawasan CPU dan unit bekalan kuasa tidak
dihalang.
§
Lekatkan kabel signal monitor ke kad video dan satu kabel lagi ke kotak
bekalan kuasa komputer.
§
Sambungkan kabel kuasa dari komputer ke bekalan elektrik di dinding.
Seperti yang sedia maklum, penebat dipasang bagi memastikan papan induk
tidak mengalami litar pintas yang boleh mengakibatkan kerosakan. Cara yang paling baik untuk melekatkan penebat
(insulator) merah di papan induk dengan menggunakan pita cellophane. Penebat tidak akan mudah terjatuh semasa
membuat pemasangan di bahagian petak alas.
Sekiranya ada cara lain yang lebih baik, teruskan ikut kreativiti
masing-masing.
Selepas dilekatkan penebat merah itu, pusingkan papan induk dan
lekatkan di bahagian kotak komputer untuk diskrukan.
Sesetengah bahagian komputer mempunyai plag plastik siap menunggu, cuma
letak papan induk dan tekan sedikit untuk melekatkannya.
Rajah A menunjukkan keadaan sebenar
penebat dipasang secara grafik. Biasanya penebat dipasang di dua posisi iaitu
C dan D papan induk dan yang lainnya dilekatkan dengan plag plastik seperti
dalam rajah B.
Sambungan Kabel-Kabel Pringkat Awal Di
Atas Papan Induk
Setelah papan induk siap diletakkan di atas bahagian kotak komputer, sediakan kabel-kabel reben seperti dalam rajah di atas, Ada tiga kabel
yang boleh dipassng iaitu kabel reben untuk pemacu cakera liut di slot FDC dan
dua lagi kabel reben untuk cakera keras di slot IDE 0 dan pemacu CD-ROM di slot
IDE 1.
Kabel reben 40 pin untuk pemacu CD-ROM harus dibeli
secara berasingan walaupun kedua-dua pemacu boleh disambung pada satu
kabel. Kelebihan memasang pemacu CD-ROM
di slot satu lagi, sistem tidak akan mengalami kelambatan kerana berkongsi satu
laluan data.
Selain kabel-kabel reben, CPU, RAM, sambungan COM 1
dan sambungan LPT 1 sudah siap dipasang sebelum dimasukkan ke dalam kotak
komputer bagi memudahkan kerja.
Dalam masa yang sama, persediaan perkakasan dalam kotak komputer harus dilakukan. Penutup panel depan dibuka untuk ditempatkan pemacu CD-ROM. Pasang pemacu CD-ROM dalarn slot di ruang seperti ditunjukkan dalam rajah di atas. Skrukan pemacu dengan skru yang dibekalkan bersama pemacu tersebut. Skru yang tidak sesuai boleh mengganggu operasi dan boleh merosakkan pemacu CD-ROM berkenaan.
Cakera keras dan pemacu cakera liut dimasukkan dari sisi di slot masing-masing dan diskru dengan kemas. Kini sudah siap di bahagian kotak komputer untuk tindakan selanjutnya.
C Floppy dis agi membezakan pemacu A dan B,
1
Pasang pemacu cakera liut di slot depan komputer
dan skru dengan kemas. (Yang telah dilakukan terdahulu).
2
Lekatkan kabel reben 34 pin di pemacu cakera liut
serta pastikan kedudukan pin 1. Hujung kabel
riben sebelah lagi sudah sedia terpasang di slot FDC sebelum ini.
3
Sambungakan bekalan kuasa.
Nota:
Pernasangan pemacu cakera liut diletakkan di kabel
reben bahagian A. Jika ada satu lagi pemacu cakera liut dipasang di penyambung
B, ia akan dinamakan pemacu B dan susunannya mesti dipatuhi,
Ketetapan (setting) jumper perlu diubah sekiranya ingin menukarkan
cakera keras ke Utama (Master) atau Kedua (Slave). posisi jumper dalam rajah C
menunjukkan cakera keras sebagai Master.
Dengan bantuan playar muncung tirus, jumper dikeluarkan seperti dalam
rajah D untuk cakera keras dijadikan sebagai Slave.
Salah satu cakera keras harus ditukarkan sebagai slave sekiranya ada dua
cakera keras disambungkan pada satu kabel reben 40 pin di slot IDE 0. Biasanya
sistem operasi akan dipasang di cakera keras Utama (Master) yang bertindak
sebagai laluan masuk dan cakera keras kedua (Slave) akan dimuatkan data-data
penting dan sebagainya.
Panduan pemasangan cakera
keras seperti di bawah.
Nota:
Cakera keras boleh
dipasang di kabel reben di penyambung A atau B.
Pemasangan kad-kad (B) seperti
kad video, kad bunyi, modem dalam dan kad rangkaian hampir sama semuanya. Yang harus diambil perhatian, sama ada
slot-slot tambahan mencukupi atau tidak.
Kepingan logani penutup (A) di panel belakarg, dikeluarkan selari dengan
slot tambahan yang hendak digunakan.
Untuk kad grafik AGP, slot AGP rrenampung kad
berkenaan. Baki slot biasanya dari
jenis PCI sebanyak empat atau lima slot dar slot ISA mungkin satu atau dua
dibekalkan.
Pemacu Optikal: CD-ROM
& DVD-ROM
Teknologi CD telah diperkenalkan oleh Sony dan Philips pada tahun 1982
untuk muzik, dimanfaatkan pula oleh komputer pada tahun 1984. Pemacu CD-ROM sekarang sudah menjadi satu kemestian
Untuk semua komputer bagi menjalankan aplikasi-aplikasi yang datang dalam
bentuk CD-ROM. Muatan storan CD-ROM
sebanyak 650MB pelbagai data atau 74 minit data audio bersamaan 450 keping
disket. Pemacu CD-ROM kini dalam
kelajuan setinggi 52X yang bererti penghantaran data sepantas itu. Kelajuan 1X bersamaan kadar kelajuan
penghantaran data (transfer rate speed) sebanyak 150 KBps (Kilobyte per second)
dan ini bererti pemacu CD-ROM 52X ialah 7800KBps. Walau bagaimanapun, pemacu baru DVD-ROM (digital versatile
disc-read only memory) telah mula mengambil tempat, yang dapat membaca data
storan sehingga tujuh kali ganda dari CD-ROM biasa. Pemacu tersebut cuma dapat membaca cakera DVD-ROM sahaja
melainkan dibuat untuk boleh membaca CD-ROM dan DVD-ROM.
Pemilihan sama ada membeli pemacu CD-ROM atau
pemacu DVD-Rom akan menjadi satu perkara yang berat. Nampaknya keluaran pemacu
CDROM berhenti pada kelajuari 52X dan kelajuan itu
sudah mencukupi untuk pengguna biasa.
Harganya juga berpatutan setakat ini.
Pemacu DVD-ROM sudah mula dibekalkan dalam penjualan komputer Desktop
kebelakangan ini. Harga pemacu DVD-ROM
agak tinggi dan perisiannya agak terhad.
Semasa memegang cakera padat (CD-ROM), jangan
sentuh permukaan cakera dan masukkan ke dalam bekasnya untuk mengelakkan dari
kesan-kesan jari atau calar.
Rajah isi hati dalam pemacu CD-ROM
A - Motor memusingkan
CD-ROM pada kelajuan mengikut kemampuan pemacu dan mengimbangi putaran luar
CD-ROM yang luas dan kawasan dalam CD-ROM yang kecil,
E3 - Pancaran laser mengena
dataran kilat permukaan CD-ROM,
C - Permukaan kilat CD-ROM
mengandungi data dalam bentuk binari 1 dan 0 (pit dan land),
D - Data yang dibaca
ditukarkan kepada denyut'sinar yang difahami oleh komputer.
Sambungan Tiga cakera
keras dan satu pemacu CD-ROM
Mengikut kemampuan papan induk yang mempunyai dua slot
sambungan IDE, ia boleh menampung sebanyak empat perkakasan storan iaitu tiga cakera
keras dan satu cakera optik (tidak semestinya dalam susunan ini).
Panduan susunan cakera keras di
tunjukkan seperti rajah di sebelah.
Cakera keras yang ditambah
adalah di bahagian Primary Slave (E) dan Secondary Master (D). Cakera keras C dan pemacu CD-ROM F adalah
dua perkakasan asal semasa pemasangan awal sebelum ini. Terdahulu pemacu CD-ROM disetkan ke
Secondary Master dan setelah tambahan cakera keras di slot IDE 1, ia ditukarkan
ke Secondary Slave. Cakera keras yang
diletakkan di slot IDE 1 mengambil alih Secondary Master untuk operasi yang
lebih berkesan. Nama-nama susuan pemacu
cakera keras seperti di bawah.
Ditunjukkan sambungan-sambungan papan kekunci dan tetikus
jenis bersiri dan PS/2. Papan kekunci
dan tetikus bersiri, biasanya terdapat pada sistem AT. Jenis
perkakasan-perkakasan PS/2, biasanya digunakan pada sistem berjenama dan ATX.
Kod warna digunakan untuk membezakan perkakasan bagi mengelakkan
kesilapan semasa membuat penyambungan di panel belakang komputer.
Penyambung papan induk (ungu), Penyambung tetikus (Hijau), Penyambung
VGA (Biru Tua), Port LPT1 (Merah) , Port Permainan (Oren).
Kad Bunyi – Laluan Mikrofon
(Merah Jambu), Lalauan Pembesar suara (Hijau Muda) dan Lalauan Line-in (Biru
Muda).
Lampu-lampu panel PC diperlukan bagi panduan PC sedang
beroperasi. Lampu panel 'Power' akan
sentiasa menyala berterusan bila komputer dipasang. Lampu 'HDD' akan menyala dan padam untuk menunjukkan cakera keras
sedang membaca, menulis atau memadam sesuatu.
Butang 'Reset' digunakan bila keadaan memerlukan untuk komputer dibut
semula (reboot). Sambungkan kabel-kabel
kecil ini dipenyambung yang dikhaskan seperti rajah di bawah. Di hujung kabel-kabel berkenaan ada
dilabelkan nama-nama komponen seperti HDD LED, RESET dan POWER untuk memudahkan
keda-kerja penyambungan. Rujuk manual
untuk mendapatkan sambungan yang betul,
Rajah samburgan
perkakasan di atas papan AT induk bertujuan sebagai rujukan lebih jelas.
Aktiviti papan induk semasa ujian
Sebelum
memasang suis komputer, ulang periksa sekali lalu bagi menentukan semua
perkakasan yang telah disambung itu betul kedudukannya. Kotak komputer jangan ditutup lagi untuk
melihat aktiviti di atas papan induk.
Pasang suis komputer dan perhatikan skrin monitor sambil menekan kekunci
Del berulang-ulang untuk mendapatkan CMOS setup. Yang paling penting setakat ini, pastikan kipas CPU dan kipas
unit bekalan kuasa berfungsi. Sekiranya
kedua-dua kipas tidak berpusing, tutup suis dan cari kerosakan sebelum
meneruskan ujian.
Nota:
Dengan
adanya paparan CMOS setup, ini bererti papan kekunci berfungsi. Sekiranya paparan CMOS setup seperti setakat
paparan skrin sahaja, cuba periksa sambungan papan kekunci di papan induk atau
gantikan papan kekunci dengan yang lain.