Cakera keras telah selesai diformat dengan sistem
dan pemasangan perisian sudah boleh dilakukan. Pemasangan perisian biasanya
dimulakan dengan sistem operasi (OS -
Operating System) seperti Windows 98, Windows Me atau Windows XP. Selepas itu,
barulah perisian aplikasi atau permainan dipasang. Sebagai contoh, perisian
sistem operasi yang hendak dipasang kali ini ialah Windows 98 atau nama
pendeknya Win98. Pastikan perisian asal (original) digunakan dan datang dengan
manual serta nombor lesen pendaftaran atau product key.
Untuk
kesempurnaan pemasangan Windows OS terkini seperti Win98 atau WinMe, beberapa
syarat keperluan perkakasan yang diberi oleh pihak Microsoft(R) harus dipatuhi.
Di bawah di -turunkan senarai paling minimum yang boleh diguna pakai oleh
kedua-dua sistem operasi tersebut.
Kaedah # 1 Cara pemasangan perisian
Cara
pemasangan pertama kurang diamalkan kini, agak lambat dan memerlukan banyak
aktiviti pengguna pada peringkat awalnya. Mula sekali, sediakan disket sistem
dan satu disket kosong yang sudah diformat sebelum memulakan pemasangan.
Hidupkan suis komputer dan tunggu sehingga muncul prom C di skrin.
Buatkan satu
direktori Windows di cakera keras seperti berikut:
C:\>md Windows <Tekan Enter>
(make directory)
Boleh juga
dibuat Win98, WinMe dan WinXP mengikut citarasa dan pilihan masing-masing
bersesuaian dengan sistem yang akan dipasang.
Sila ambil
perhatian bahawa direktori Windows, Win98, WinMe atau WinXP ini akan digunakan
untuk nama bagi direktori semasa pemasangan Windows nanti.
Masukkan
disket sistem yang dibuat sebelum ini di pemacu A, salin fail , ‘mscdex.exe’
dan 'himem.sys' ke dalam direktori Windows bagi pemasangan pemacu CD-ROM nanti,
Tanpa fail mscdex-exe, pemacu CD-ROM tidak boleh berfungsi. Dari direktori C,
ubah arahan ke pemacu A dan taip seperti di bawah.
C:\>a:
<Tekan Enter>
A:\>copy mscdex.exe c:\Windows <Tekan Enter>
A:\>copy himem.sys c:\Windows <Tekan Enter>
Salin atau
buat fail-fail 'autoexec.bat’ dan ‘config.sys' dan hantar ke direktori pangkal
(root directory) dengan baris-baris yang sama seperti yang ditunjukkan pada
rajah di bawah.
Buat
pemasangan pemacu CD-ROM dengan memasukkan disket driver yang dibekalkan
pengeluar di pemacu A, taip 'install' dan ikut arahan PC sehingga tamat
pemasangan.
Komputer di
restart untuk pemacu CD-ROM diterima oleh sistem agar dapat beroperasi dengan
sempurna. Sekiranya cakera keras hanya ada satu partition, biasanya pemacu
CD-ROM akan mengambil tempat pemacu D. Taip D di prom C untuk memastikan
pemasangan berjaya dan sekiranya ada prom D, pemasangan perisian sudah boleh
dimulakan.
C:\>D: <Enter;>
D:\>DIR <Enter>
Nota:
Pemacu C
mengambil ruangan cakera keras di mana akan diletakkan perisian sistem operasi
dan aplikasi. Pemacu D mewakili pemacu CD-ROM di mana perisian (CD-ROM) untuk
pemasangan diletakkan.
Membuat
atau edit fail config.sys & autoexec.bat
(untuk pengetahuan sahaja)
Ada beberapa
cara untuk membuat fail config.sys dan autoexec.bat atau fail-fail yang sejenis
dengannya. Cara yang pertama, menggunakan program editor biasa seperti Edit
atau Notepad. Sebagai contoh, di bawah ditunjukkan cara-cara membuat fail
dengan program Edit.
Dapatkan
prom A dengan disket sistem tersedia di pemacu A, taip edit config.sys dan
Enter. (Fail edit.com sepatutnya ada dalam disket berkenaan).
A:\>edit
c: config.sys <Tekan Enter>
Dengan
terkeluarnya rajah di atas, taip baris demi baris atau apa-apa saja yang
dikehendaki dalam fail tersebut. Untuk keluar dari program Edit, tekan kekunci
Alt, pilih Save dan kemudian Exit. Simpan fail dengan nama config.sys atau
autoexec.bat, mengikut tujuan asalnya.
Satu cara
lagi dengan menggunakan arahan 'copy con' dan namakan fail yang hendak dibuat.
Dapatkan prom C, masukkan arahan satu demi satu seperti di bawah.
•
C:\>copy con autoexec.bat
<Tekan Enter> (copy
console)
• @echo
off <Tekan Enter>
• path
c:\DOS; <Tekan Enter>
• prompt
$p$g <Tekan Enter>
• Ctrl + Z
Simpankan
fail dengan menekan kekunci Ctrl dan Z serentak seperti yang ditunjukkan dalam
baris akhir.
Pemasangan
Perisian
Perisian Asal
Semasa membeli
komputer, dapatkan CD-ROM dan manual sistem operasi Win98 atau WinMe yang asal
(original), seperti rajah di bawah. Sekiranya ada apa-apa perubahan atau
tambahan fail utiliti, CD-ROM boleh digunakan untuk pemasangan semula atau ulangan.
Pemasangan perisian ini (satu salinan) hanya dibenarkan dipasang ke dalam satu
PC sahaja. Di bawah terdapat dua disket, satu disket sistem yang dibuat sebelum
ini dan satu lagi disket but khas yang dibekalkan bersama pakej CD-ROM Win98.
Disket but (boot), disket khas dan CD-ROM Win98
Setelah
komputer dihidupkan dan pemacu D dipilih, masukkan CD-ROM Win98 dan taipkan
'setup' untuk memulakan pemasangan. Nama fail setup digunakan oleh kebanyakan
program yang hendak dipasang.
• C:\> d: <Enter>
• D:\> setup <Enter>
Semasa
pemasangan perisian, sistem Win98 akan mengesan kehadiran direktori Windows dan
ia akan memberi tetingkap amaran supaya berhati-hati. Teruskan dengan memilih
direktori Windows tersebut dan ikut arahan komputer sehingga selesai. Masukkan
disket kosong bila sistem meminta di pertengahan pemasangan bagi menyiapkan
disket sistem untuk digunakan diwaktu kecemasan. Juga sediakan nombor lesen
pada pertengahan pemasangan dan simpan dengan baik nombor tersebut untuk
rujukan sekiranya ingin memasang Win98 semula nanti.
Kaedah # 2 Cara pemasangan perisian
Cara
pemasangan kedua, agak mudah iaitu dengan menggunakan disket but khas yang
biasanya dibekalkan bersama CD-ROM Win98. Disket but ini boleh diperolehi dengan
membuat satu 'Startup disk' dari sistem operasi Win98. Setelah membuat
partition serta format cakera keras, terus masukkan disket but khas serta
CD-ROM Win98 untuk pemacu CD-ROM boleh berfungsi dan dalam masa yang sama,
pemasangan sistem operasi dapat disiapkan tanpa masalah.
Sistem Win98
akan cuba mengesan semua perkakasan dan menyediakan 'driver' yang umum saja
bagi perkakasan-perkakasan yang terdapat dalam komputer tersebut. Ulang
pemasangan driver sekiranya terdapat komponen-komponen menggunakan driver yang
kurang sesuai. Setelah selesai pemasangan perisian, pastikan tidak ada konflik
perkakasan dengan melihat keadaan 'System' di dalam 'Control Panel'.
* Nota:
Diperingkat
permulaan ini, semasa dalam proses pemasangan Windows, cuba gerakkan tetikus untuk
memastikan ia berfungsi. Sekiranya kursor (tetikus) di skrin tidak bergerak,
tamatkan pemasangan dan betulkan masalah sehingga selesai sebelum memulakan
setup semula.
Laman
Desktop ialah paparan awal setiap komputer yang menggunakan sistem operasi
Windows. Setiap komputer berbeza isi kandungannya, terpulang kepada citarasa
dan kehendak individu. Banyak perkara boleh dilakukan di laman Desktop seperti
menukar resolusi, warna skrin dan sebagainya. Klik kanan tetikus di mana-mana
kawasan kosong Desktop, tetingkap A akan keluar untuk tindakan penyelenggaraan
biasa.
Ikon-ikon di
Desktop kebanyakannya ialah pautan atau link dan elok dicuba semua kerana
kadang-kadang terdapat sesetengah daripadanya tidak ada sambungan ke mana-mana.
Cara membuang ikon dengan mengklik kanan tetikus atas ikon sasaran dan pilih
Delete. Tindakan ini akan membuang ikon ke dalam Recycle Bin atau tong sampah
sementara menanti pelupusan yang selanjutnya. Untuk mendapatkan ikon semula,
tanda ikon dalam Recycle Bin yang dibuka dan pilih Restore, ikon tersebut akan
berada semula di paparan Desktop.
Apa itu folder?
Folder dalam
Windows adalah tempat di mana disimpan fail-fail program, data maklumat, sistem
dan sebagainya. Fail-fail maklumat atau data sebenarnya terbahagi kepada
beberapa jenis seperti teks, grafik, sistem, arahan dan lain-lain lagi.
Periksa Sistem
Konflik
Memeriksa kesihatan
sistem operasi sepatutnya menjadi satu amalan berterusan. Kerap memeriksa
keadaan peranti boleh membantu mengesan kerosakan awal dan membaik pulih
sebelum menjadi serius. Klik My Computer, klik Control Panel dan klik System,
muncul tetingkap A. Sekiranya ada tanda seru atau lain dari tanda campur (+)
seperti dalam bulatan di paparan B, bererti ada konflik peranti. Peranti
berkenaan harus diulang pemasangannya sehingga semua dalam keadaan seperti di
atas kiri skrin B. Sebelum memulakan pemasangan driver, buang konflik peranti
dahulu bagi mengelakkan masalah yang lebih keliru.
Sekiranya ingin melihat keadaan IRQ untuk peranti
(Interrupt request), tanda Computer C dan klik petak Properties D, satu
tetingkap Computer Properties akan dipaparkan menunjukkan senarai IRQ yang
digunakan.
Setiap
perkakasan seperti kad video, kad bunyi, modem, pencetak, pengimbas dan pemacu
CD-ROM mempunyai satu program untuk sistem operasi kenal dan boleh berhubung
secara sempurna. Biasanya fail driver atau pemacu ini dibekalkan semasa
pembelian perkakasan dan boleh juga diambil dari laman web pengeluar perkakasan
berkenaan. Windows juga ada senarai driver dan kadang-kadang boleh membantu
semasa pemasangan. Fail-fail driver ini diambil dari pembekal semasa Windows
menyiapkan sistem operasinya. Perkakasan yang dikeluarkan selepas itu terpaksa
menggunakan driver yang terbaru untuk kesempurnaan operasinya. Masalah akan
timbul bila fail driver yang dibina tidak sempurna atau tidak serasi dengan
sistem operasi Windows yang digunakan. Pencarian fail driver terbaru dan
terkini harus dilakukan sehingga sistem tidak lagi meragam.
Driver
perkakasan bertindak sebagai antaramuka atau jambatan untuk komputer dan perkakasan
berfungsi dengan baik. Sistem yang meragam atau kadangkala tergantung, besar
kemungkinan berpunca dari kesilapan driver atau fail driver yang telah dicemari
virus. Buang dan pasang semula driver sekali lagi dapat membetulkan keadaan.
Unit sistem
dalam rajah di sebelah akan beroperasi menghantar data berulangalik dengan
perkakasan-perkakasan lain dalam komputer melalui bas dan sebagainya. Fail
driver perkakasan yang dibekalkan oleh pengeluar akan memberi kerjasama yang
padu pada unit sistem agar semuanya berjalan dengan sempurna. Kesilapan driver
boleh membuat sistem tergantung atau monitor gelap tanpa sebarang klu (clue).
Pemasangan semula driver boleh menyelesaikan masalah.
Komputer yang
menggunakan sistem operasi Windows harus ditutup dengan betul untuk mengelakkan
dari mengalami kerosakan sistem. Fail-fail yang masih belum diselamatkan dan
tetingkap yang belum ditutup, disempurnakan sebelum komputer diShut Down.
Perhatikan BarTugas (TaskBar) dan pastikan tiada lagi sebarang program yang
masih aktif. Untuk keluar dari Windows dan tutup komputer, klik butang Start
(1) dan klik Shut Down di skrin kecil 'Desktop' (2). Tetingkap kecil 'Shut
Down' B akan keluar, klik OK, skrin C akan muncul dan komputer sudah selamat
ditutup. Untuk pengetahuan, tetingkap C tidak akan muncul sekiranya komputer
menggunakan bekalan kuasa ATX Sistem akan terus tutup tanpa mesej berkenaan.
Ada masa-masanya
kita perlu menukarkan setting display untuk menyesuaikan sesuatu program.
Cara-cara menukarkan setting display seperti di bawah.
1 - Klik kanan tetikus di mana-mana kawasan kosong
Desktop, tetingkap kecil A akan muncul.
2 - Klik kiri tetikus di ruangan Properties, tetingkap
Display Properties B akan terpapar.
3 - Klik tab Settings 3 di Skrin B untuk menukarkan
Bersambung ke skrin C di bahagian II
4 - Klik anak panah kecil untuk memilih jumlah warna dari
16 colors hingga 32-bit color mengikut kemampuan kad video dan monitor.
Sekiranya ada 16 colors sahaja, bererti setting kad video
perlu dipasang semula dengan menggunakan pemacu yang dibekalkan oleh pengeluar.
Pastikan kad dan driver di dalam CD-ROM serasi dengan memerhatikan cip di atas
kad VGA sebagai panduan.
5 - Ubah setting sekiranya hendak menukar resolusi dari
640 X 480 piksel ke 800 X 600 piksel atau sebaliknya. Tolak butang radio ke
kanan untuk ubah resolusi.
Pemasangan program tambahan atau aplikasi untuk sistem operasi Win
95 ,sangat mudah dan pantas.
> Mula sekali, dwiklik (klik dua kali
sebelah kiri tetikus) ikon My Computer
dan lepas itu dwiklik Control Panel.
> Dwiklik ikon Add/Remove Programs dan tetingkap
seperti di bawah akan muncul.
Klik Install dalam tetingkap Add/Remove
Programs Properties, klik Next, masukkan pemacu serta baris program yang hendak
dipasang, klik Finish dan ikut arahan di skrin sehingga selesai. Sebagai
contoh, taip seperti berikut dan tekan Enter untuk-mulakan pemasangan.
(D:\Setup <Enter>).
Cara ini
juga boleh dilakukan untuk membuang program dari sistem. Tanda program
berkenaan dan klik petak Add/Remove.
Memasang
program boleh juga dimulakan dari butang Start dan Run. Masukkan baris program
dalam tetingkap Run, ikut arahan sistem sehingga selesai.
.
Perisian
dipecahkan kepada dua bahagian yang besar iaitu perisian sistem dan perisian
aplikasi seperti rajah di atas.
Perisian
Sistem dipecahkan kepada tiga kategori iaitu bahasa pengaturcaraan, sistem
operasi dan Perisian utiliti.
Perisian
Aplikasi digunakan untuk tugas tertentu seperti menghimpunkan maklumat atau
menulis rencana. Contoh sistem aplikasi ialah helaian elektronik (spreadsheet),
pengurusan pangkalan data (database), pemproses perkataan (word editor) dan
hiburan (computer games).
Kombinasi
kekunci Ctrl, Alt dan Del digunakan untuk melihat lapisan program yang sedang
beroperasi di belakang Windows. Program-program ini akan menggunakan banyak
memori dari RAM dan mengurangkannya kadang kala memberi ruang pada sistem agar
beroperasi dengan baik. Untuk melihat jumlah program atau aplikasi tersebut,
tekan serentak kekund Ctrl, Alt dan Del. Tetingkap kecil akan muncul dengan
program-program yang bekerja di latar belakang. Sebagai contoh, kalau hendak
tamatkan program dalam skrin tersebut, tanda program (zoman-Paint) dan klik
'End Task'. Jangan sesekali membuang dua program penting ‘Explorer’ dan
'Systray' dari skrin tersebut.
Minta
perhatian!!!
Jangan sesekali
menekan sekali lagi kekunci Ctrl, Alt dan Del kerana komputer akan restart dan
akan hilang semua informasi yang belum diselamatkan.
Untuk keluar dari skrin 'Close program', klik butang
Cancel.
Untuk mengurangkan penggunaan memori (RAM), tutup perehat
skrin (screensavers), jadual bunyi (event sounds), buang ikon yang tidak
penting di laman Desktop dan elak pemasangan terlalu banyak program semasa
proses startup.
Sekiranya
ada masalah dengan sistem operasi Win95 atau Win98, beberapa pilihan boleh
dilakukan untuk membetulkannya. Ada beberapa cara yang boleh dicuba.
Cara #1 (Win95 atau Win98)
Untuk
memulakan pemeriksaan, hidupkan komputer dalam mod selamat atau safe mode.
Kadang kala sistem yang bermasalah akan terus ke mod selamat ini. Tujuannya
agar kerja-kerja baik pulih boleh dilakukan.
Mulakan
komputer, sistem operasi Windows akan mempamerkan paparan seperti di bawah.
Starting Windows 95 ...
Tekan kekunci F8 untuk dapatkan skrin Startup Menu, di mana pilihan item
dibuat untuk tindakan. Setiap satu item akan diterangkan dengan terperind
seperti berikut:
Microsoft
Windows 98 Startup Menu
1. Normal
2. Logged
(\BOOTLOG.TXT)
3. Safe Mode
4. Safe Mode
with network support
5.
Step-by-step confirmation
6. Command
prompt only
7. Safe mode
command prompt
Enter a
choice : 1
F3=Safe
mode, Shift+ F5=Command prompt
Shift + F8=
Step by step confirmation (N)
Skrin
pilihan Startup Menu untuk tindakan tertentu
Normal - Windows dimulakan dengan biasa.
Logged (BOOTLOG.TXT) - Windows dimulakan dengan biasa tapi tercipta satu fail teks yang
dipanggil Bootlog.txt dan disimpan di pangkal direktori. Fail ini mengandungi
informasi terakhir sistem beroperasi dan disorokkan (hidden).
Safe mode - Windows dimulakan dengan konfigurasi asas. Sesetengah bahagian sistem
mungkin tidak boleh berfungsi. Perubahan boleh dilakukan terutama pada
komponen-komponen yang disyaki bermasalah.
Safe mode with network support - Windows dimulakan dengan konfigurasi asas tapi
termasuk kemampuan rangkaian.
Step-by-step confirmation - Mulakan komputer, dipamerkan setiap langkah dengan
diikuti prom. Untuk menerima command, tekan Enter dan Esc andai sebaliknya.
Pilihan ini akan memasukkan komponen yang dikehendaki sahaja.
Command prompt only - Mula Windows seperti biasa, tapi tanpa sistem Windows sebenar. Boleh
mulakan Windows dengan menaip win.
Safe mode command prompt only - Mulakan komputer dengan konfigurasi asas dan tanpa
sistem Windows sebenar.
Previous version of MS-DOS - Mulakan MS-DOS, dengan menggunakan fail-fail simpanan
semasa pemasangan Windows (Setup). Versi MS-DOS terpulang kepada versi sebelum
pemasangan Windows 95.
Mod Selamat (Safe
Mode)
Dengan
paparan skrin startup menu, Pilih 'safe mode' untuk memulakan kerja-kerja sama
ada membuang program yang disyaki bermasalah atau memasang semula pemacu
perkakasan yang terkini. Kalau sebelum ini sistem bekerja dengan baik, biasanya
pemasangan perisian yang terakhir boleh menimbulkan masalah seperti pemasangan
kurang sempurna, tidak lengkap, versi program yang tidak sesuai, versi demo
atau kerosakan fail tertentu akibat diserang virus.
Cara #2 (Win95) Masalah memulakan Windows
Satu cara
lagi untuk membetulkan sistem bermasalah adalah dengan memulihkan registry.
Gangguan pada registry seperti kerosakan data atau dijangkiti virus, harus
direstore. Registry sebenarnya ialah satu senarai maklumat penting perkakasan
dan perisian komputer. Kerosakan registry boleh membuat sistem tidak stabil
atau tidak boleh beroperasi langsung. Disket kecemasan disediakan untuk
menyelamatkan keadaan ini. Lihat bawah (A).
Apa yang harus
dilakukan semasa komputer bermasalah, disket kecemasan terbaru diletakkan di
pemacu A dan mulakan komputer.1 Di prom A, taip ERD dan ikut arahan sehingga
selesai pembetulan. Restart komputer dan sistem sepatutnya boleh bekerja
semula.
Disket
kecemasan dan salinan but, penting disimpan untuk digunakan pada saat-saat
genting. Disket salinan dibuat sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya yang asal
rosak.
Paparan
registry dan penawarnya
Untuk
mendapatkan senarai registry, klik butang Start di bawah kiri Windows dan dalam
paparan tetingkap, pilih Run. Taip regedit di kekotak eks Run dan klik OK untuk
dipaparkan skrin kecil Registry. Jangan diubahsuai senarai registry tanpa
mendapat panduan tepat cara-cara menyuntingnya. Kerosakan registry akan membawa
kepada duka lara atau miseri. Kadang-kadang sistem merajuk tidak mahu
melihatkan dirinya dan susah hendak dipujuk. Penawarnya mungkin terletak di
dalam piring disket baik pulih bernama ERD.
Cara #3 (Win95) Pemasangan semula registry (restore)
Sekiranya
registry rosak (corrupted), pemasangan semula boleh dilakukan dengan prosidur
berikut:
Mulakan
komputer sehingga terpapar skrin di bawah.
Starting
Windows 95 ...
Pada masa
yang sama, tekan F8 untuk dapatkan Startup Menu.
Pilih
Command prompt only dan tekan Enter.
Di prom C,
dalam direktori Windows, lakukan tindakan di bawah dengan menaipkan setiap
baris dan tekan Enter.
C:\Windows> attrib -h -r -s
system.dat <Enter>
C:\Windows> attrib -h -r -s
system.da0 <Enter>
C:\Windows> attrib -h -r -s user.dat <Enter>
C:\Windows> attrib -h -r -s user.da0 <Enter>
Nota: da0
ialah da dan angka kosong, bukan huruf O.
Selepas itu,
taip arahan berikut: copy system.da0 system.dat
Overwrite
system.dat (Yes/No/All)?
Pilih Y dan
tekan Enter
copy
user.da0 user.dat
Overwrite
user.dat (Yes/No/All)?
• Pilih Y dan tekan Enter
• Pasang semula (restart) komputer dan
sistem akan pulih seperti
sediakala.
Nota:
Sekiranya
semua cara telah dicuba menemui kegagalan, yang terbaik, memasang semula sistem
operasi Win95. Sebelum itu, buat salinan sandaran (backup) semua fail-fail data
ke dalam satu storan lain.
Komputer
peribadi akan mengalami kerosakan, walaupun segala tindakan yang terbaik
dilakukan. Komputer terdedah kepada berbagai-bagai rupa bentuk musuh seperti
virus, perisian yang kurang mantap, perkakasan yang pembinaannya tidak sempurna
dan pengguna yang kurang mahir yang bertindak terlalu-mengikut perasaan
sehingga menyebakkan sistem.
Setiap kali
pasangan perkakasan atau perisian pada sistem Windows, struktur registry akan
mengalami perubahan. Sekiranya perkakasan atau perisian dari jenis yang kurang
baik, versi beta dan tidak pernah dicuba, komputer boleh meragam. Tindakan
seterusnya adalah dengan membuang program atau perkakasan itu dan pasang semula
registry yang dibuat sebelum ini. Begitulah yang biasanya dilakukan dan membuat
satu salinan registry satu tindakan yang bijak. Permasalahan pada registry
nanti boleh dibaiki dengan cepat dan mudah.
Untuk
mencari kerosakan secara lebih sistematik, dua carta direka bagi memudahkan
tugas. Cara-cara mencari kerosakkan yang ditunjukkan hanya sebagai panduan
sahaja, sekirangya ada cara yang ebih baik, sila gunakan. Yang penting,
kerosakan dapat dibaiki dengan cepat dan dengan cara yang sistematik.
Carta 1 memaparkan komputer baru dihidupkan sehingga ke
skrin CMOS. Sekiranya diperingkat ini komputer meragam, tindakan-tindakan
dibuat mengikut langkah-langkah yang tertentu seperti yang dicadangkan.
Biasanya ini berlaku pada komputer baru yang belum diuji keseluruhannya.
Rajah 1 dimulakan dengan memasang suis dan monitor gelap gelita.
Tindakan diambil langkah demi langkah, arah ke kiri atau ke kanan sehingga
bertemu kerosakan. Kalau berhati-hati dan bersabar, pasti akan menemui
kejayaan.
Carta 2 meliputi bahagian selepas skrin CMOS. Seperti
juga di Carta 1, tindakan dibuat mengikut yang sesuai. Kerosakan biasanya
berlaku pada komputer yang sudah sekian lama beroperasi dan meragam setelah
bermacam-macam perubahan dilakukan ke atasnya.
Selamatkan satu salinan registry sebagai tindakan berjaga-jaga dan
boleh dipasang kemudian sekiranya diperlukan. Klik Start, klik Run, masukkan
regedit dan klik OK. Dalam tetingkap Registry Editor, pilih Registry, klik
Export Registry File dan simpan fail dengan nama pilihan anda. Bila ada
masalah, lakukan seperti di atas tetapi kali ini pilih Import Registry File.
Pilih nama fail anda sebelum ini, klik dan sistem akan kembali normal.