Internet
Internet
(internet) dengan huruf kecil adalah singkatan dari internetwork bermaksud
rangkaian komputer setempat untuk menjadi landasan pemindahan data antara satu
sama lain. Internet (Internet) dengan huruf besar bererti sebuah rangkaian
global dan lebuhraya yang menggunakan protokol TCP/IP untuk berkomunikasi
secara menyeluruh. Apa saja yang difikirkan atau terlintas di hati, maklumatnya
ada di Internet, yang baik dan yang buruk sama banyak, cuma pandai-pandailah
menjaga diri. Semasa melayari Internet, fahami sebab tindakan dan awasi setiap
maklumat yang mungkin dipaliti virus, walaupun ia nampak nan murni.
Untuk
rnelayari Internet dari komputer peribadi, perkara-perkara yang diperlukan
seperti modem, akaun ISP TMnet atau Jaring dan yang paling penting talian
telefon yang berfungsi. Modem kini datang dengan kelajuan 56Kbps (kilobit
sesaat) atau dipanggil 56K sahaja. Modem 33.6K sudah tidak dikeluarkan lagi.
Bagi modem 56K, ada dua protokol yang menjadi kontroversi iaitu x2 dan 56Kflex,
harus diberi perhatian semasa membeli modem. Kedua-dua protokol ini adalah
standard yang digunakan bagi penghantaran data dengan modem. Protokol V90
dipersetujui bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit. Setakat ini, modem
yang mempunyai protokol K56flex dengan V90 paling popular.
ISP
bermaksud Penyedia perkhidmatan Internet (Internet Service Provider) dan
seperti namanya amat jelas menerangkan perkhidmatan khusus yang diberi.
Terdapat beberapa ISP di Malaysia, antaranya TMnet yang dikendalikan oleh
Telekom Malaysia dan Jaring oleh Mimos.
Perkataan
modem diambil dari singkatan modulator dan demodulator. Kombinasi perkataan itu
bermaksud signal digital dalam komputer ditukar ke analog (modulation) dan
menukar balik dari analog ke signal digital (demodulation), Contoh mudah, dua
buah komputer yang disambungkan dengan modem melalui talian telefon untuk
menghantar dan menerima signal. Lihat Rajah.
Modem bertindak sebagai perkakasan antaramuka (interface) di antara
komputer dan ISP. Talian telefon sebagai media untuk penghantaraan data secara
analog. Semasa melayari Internet, komputer memproses semua maklumat dan
dibentangkan di skrin monitor dalam bentuk laman web berpangkinkan sistem
operasi Windows.
Signal
digital (data) dari komputer A akan ditukarkan oleh modem menjadi signal analog
(bunyi) dan dihantar melalui talian telefon. Modem penerima akan menukarkan
signal analog kepada signal digital dan diproses oleh komputer penerima B.
Begitulah juga yang akan berlaku bila ada pertukaran data dari komputer B ke
komputer A.
Modem luar
dipasang di port COM2 dengan kabel yang dibekalkan. Sekiranya komputer menggunakan
sistem operasi Win95 atau Win98, modem yang mempunyai kelebihan PnP (Plug and
Play) biasanya dikesan dan pemasangannya amat mudah sekali. Semasa pemasangan
dibuat, modem luar perlu dihidupkan agar ia dapat dikesan. Gagal berbuat
demikian, sistem operasi tidak dapat mengesan modem dan pemasangan terpaksa
diulang.
DSP
Modem luar
biasanya agak laju dari modem dalam kerana ia memproses dan menghantar signal
tanpa bantuan CPU. Modem jenis ini dipanggil modem DSP yang bermaksud 'digital
signal processor'. Terdapat satu jenis lagi modem luar yang menggunakan USB
sebagai penyambungnya. Dengan cara ini, kelajuan ditambah hampir 10 peratus
dari modem yang dipasang di port COM2. Modem USB boleh digunakan sekiranya
papan induk ada penyambung komponen tersebut. Modem USB, seperti rakannya modem
dalam, memerlukan bantuan CPU untuk memproses signal.
Berlainan
pula dengan modem dalam, konfigurasinya agak rumit sedikit. Ada tiga jenis
modem dalam iaitu yang menggunakan slot PCI, slot ISA dan slot CNR. Modem slot
PCI (bas 32-bit) lebih baik jika dibandingkan dengan slot ISA (bas 16-bit)
kerana kelajuan penghantaran data. Walau bagaimanapun modem jenis slot ISA
sudah tidak dikeluarkan lagi. Dari segi cara pemasangan, ketiga-tiganya tidak
ada perbezaan.
Modem slot CNR (Communication Network Riser) yang dibekalkan bersama papan induk, biasanya ditulis huruf M di luar kotak perkakasan berkenaan untuk menyatakan kemudahan itu. Lihat Rajah. Modem dalam dipanggil HSP iaitu host signal processor, perlu bantuan CPU untuk memproses signal dan dengan sendirinya cuma boleh berkerja dengan CPU yang berkuasa umpamanya Pentium Celeron 400MHz ke atas. Sebelum membeli, cuba pastikan kehendak modem dan kemampuan komputer bersesuaian.
Modem luar lebih laju dari modem dalam dari segi
penghantaran data. Ini disebabkan modem luar tidak memerlukan bantuan CPU untuk
melakukan Penghantaran data. Sebaliknya modem dalam yang memerlukan bantuan
CPU, proses penghantaran data akan menjadi lambat. Untuk menyelesaikan masalah
ini, komputer harus mempunyai sistem yang laju.
Semasa mendapatkan modem, pastikan dibekalkan manual
pemasangan, driver CD-ROM (cakera padat bersama perisian pemacu perkakasan),
adapter, kabel sambungan modem ke COM 2 dan kabel telefon modem sepanjang satu
meter.
Modem jenis slot ISA sudah pupus atau ruyup, Modem slot
PCI, modem luar (port COM 2 dan port USB) dan modem jenis bina dalam atau
bersepadu, banyak boleh didapati. Aksesori seperti manual, driver CD-ROM dan
kabel telefon sepanjang dua meter dibekalkan bersama modem.
Dalam rajah A, papan induk yang mempunyai modem
bersepadu, akan disediakan kad modem untuk diletakkan di slot CNR
(Communication Network Riser) seperti rajah B.
Setelah
memilih slot mengikut jenis modem, pemasangan boleh dimulakan. Pertama sekali,
pemilihan communication port harus dibuat. Pemasangan communication port atau
port maya untuk komunikasi (virtual port), hanyalah dalam perisian sahaja dan
tidak ada pengunaan kabel secara fizikal.
Modem jenis
PnP (Plug and Play) biasanya dikesan oleh sistem operasi dan amat mudah
pemasangannya iaitu dengan mengikut arahan sehingga tamat. Restart komputer
untuk modem boleh beroperasi dengan baik.
Pemasangan
modem bukan PnP harus dilakukan langkan demi langkah. Cara-cara konfigurasi
modem dalam jenis bukan PnP dengan sistem operasi Win95 atau Win98 seperti di
bawah. Walau bagaimanapun kebanyakan modem kini boleh dikesan (Plug and Play)
bagi memenuhi syarat mesra pengguna.
Setelah selesai, komputer direstart
untuk sistem menerima konfigurasi Baru itu. Klik modem untuk tujuan menguji dan
keputusannya boleh diterima pakai sebagai mengesahkan modem boleh beroperasi
dengan baik atau sebaliknya.
Seperti yang sedia maklum, modem harus disambungkan ke
talian telefon untuk ia berfungsi. Di belakang modem, satu laluan bertanda
Phone disambungkan ke telefon dan satu laluan lagi yang bertanda Line
disambungkan ke talian telefon. Untuk modem luar, sambungkan kabel data di
belakang modem dan sebelah lagi ke port COM 2 di belakang komputer.
Untuk
menguji modem dengan sistem operasi Windows, ikut panduan seperti di bawah. Ini
dilakukan sebagai langkah awal menguji modem (ujian dalaman) tanpa sebarang
sambungan luar.
Dengan
paparan di atas, ini bermakna modem lulus ujian awal dan pemasangan akaun
Internet boleh dimulakan.
Sekiranya
tidak mendapat respon seperti di atas, sebaliknya dipaparkan mesej port
kommunikasi tidak dapat dibuka, buat pemasangan driver modem semula. Sebelum
itu, tanda modem di tetingkap A dan klik butang 'Remove'. Pasang semula driver,
restart komputer dan uji modem seperti yang telah dilakukan sehingga berjaya
mendapat tetingkap F.
Dalam CD-ROM
yang dibekalkan, beberapa driver disediakan untuk peibagai sistem operasi,
pilih driver yang sesuai dengan sistem operasi yang digunakan. Kadang-kadang
untuk menjimatkan kos, pengeluar akan memuatkan semua driver dari senarai modem
keluarannya dan ini akan menjadi satu masalah kepada sesiapa yang baru belajar
memasang modem. Untuk tidak membuat kesilapan dan menyelamatkan masa dan
tenaga, baca manual sama ada dalam bentuk buku atau dalam CD-ROM yang
dibekalkan. Fail dalam CD-ROM biasanya atas tajuk 'Readme.txt' dan boleh dibuka
dengan Notepad.
Untuk pemasangan
program Internet, pertama sekali dapatkan akaun Tmnet atau Jaring, mengikut
pilihan masing-masing. Bagi akaun
Tmnet, pendaftaran dibuat di mana-mana Pejabat Telekom Malaysia terpilih. Dua
perkara yang harus disediakan, User ID dan kata laluan. ID (Identification)
pengguna adalah nama yang juga akan digunakan pada e-mel. Sediakan
sekurang-kurangnya tiga ID pengguna sekiranya nanti terdapat persamaan nama
yang telah didaftarkan. Contoh-contoh ID pengguna seperti 'zoman', lana2001'
dan 'gadiscun'. Untuk kata laluan pula, campur adukkan huruf dan angka bagi
merumitkan untuk dikesan atau diteka. Contoh-contoh kata laluan seperti
'3aetoOn', 'r04awa3' dan 'uOt4maun'.
Mengenai bayaran, perlu perihatin kerana kadang-kadang terdapat skim
tawaran istimewa. Apa yang akan diberi, sebuah CD-ROM yang mengandungi
pemasangan mudah (Install wizard) dan browser Internet, sama ada Netscape atau
Internet Explorer.
Setelah
semuanya selesai, baru dibuat pemasangan akaun Tmnet. Sekiranya ikon Dial-up
Networking tidak ada dalam tetingkap My Computer, pemasangannya harus dilakukan
dengan membuka Control Panel, Add/Remove Program, klik Windows setup,
Communications dan Details. Tanda petak Dail-up networking dan klik OK Sediakan
CD-ROM versi Windows yang bersesuaian bila diminta sistem.
Melayari
Internet boleh dibuat setelah beberapa hari atau 24 jam mengikut perjanjian
yang diberi. Jadi harus bersabar menunggu untuk mencuba pemasangan akaun yang
telah dibuat itu. Juga bersedia untuk
membayar 2.5 sen seminit, 1.5 sen kos bil telefon dan 1 sen kos akses Internet
(Tmnet).
Panduan memasang akaun Internet seperti dibawah:
Panduan
pemasangan akaun TMnet seperti di bawah.
Sebelum melayari Internet, pastikan ada maklumat-maklumat
ini (A dan B) di ruangan Network dan System di laman Control Panel. Tiga
maklumat ini penting bagi membolehkan sambungan dial-up ke Internet menggunakan
talian telefon biasa.
Kalau tidak ada maklumat tersebut, klik butang Add ...
(C) dan masukkan Adapter serta Protocol dengan memilih Microsoft seperti contoh
di skrin Select Network Protocol D. Setelah memilih Microsoft Network Protocol
dan lepas itu Microsoft Adapter, klik OK untuk menerima kedua-dua pilihan.
Setelah selesai membuat konfigurasi, hidupkan semula PC
dan klik Icon My Connection. Jangan lupa menyambung talian telefon ke laluan
Line modem dan menaip maklumat seperti tetingkap di atas. Guna nama pengguna
dan kata laluan yang telah dipilih. Telefon tidak perlu dipasang di laluan
Phone sekiranya tidak dikehendaki. Ia tidak menyumbang apa-apa bantuan semasa
sambungan hendak dibuat. Klik butang . Connect untuk mendapatkan sambungan ke
ISP. Sekiranya berjaya, Icon telefon rangkaian akan tertera bawah kanan skrin
sebaris Bartugas (Taskbar).
Untuk
melayari Internet, cakera keras harus mempunyai sekurang-kurang 20MB ke 30MB
ruang storan. Ini kerana semasa melayari Internet, setiap laman yang dilawati
akan disimpan dalam cakera keras pada bahagian cache. Kekurangan ruangan cache
boleh membuat aktiviti ke Internet perlahan.
Sambungan ke
Internet dimulakan dengan tetingkap di atas. Ia cuma menyambungkan dengan ISP
sahaja, tidak lebih dari itu, Setelah berjaya sambungan ke ISP dengan
kemunculan satu ikon telefon rangkaian di Bartugas bawah kanan desktop dan
untuk melayari Internet perlu menggunakan program perisian pelayar (browser)
seperti Internet Explorer, Netscape dan Opera. Untuk menghantar dan menerima
mel elektronik (emel), program seperti Outlook Express, Netscape Messenger atau
Edora boleh digunakan.
Bila bejaya ke Internet, ikon dalam bulatan A akan
terpapar di bawah kanan Windows. Banyak maklumat boleh didapati dari ikon tersebut.
Apa yang boleh tetikus, letakkan kursor (cursor) di atas
ikon berkenaan dan skrin B akan muncul menunjukkan status sambungan ke
Internet. dilihat adalah penghantaran dan penerimaan data dalam kiraan bait
serta kelajuan dalam kiraan bit sesaat.
Klik ikon dengan kanan tetikus dan skrin C akan terpapar.
Klik ruang Status untuk melihat kedudukan sambungan ke Internet dan jumlah masa
yang telah digunakan seperti dalam panel D.
Nota:
Maklumat di atas di dapati dari ujian modem dalam 56K
berprotokol V90.