Ada beberapa
cara untuk membuat konfigurasi mel elektronik atau e-mel, terpulang kepada
jenis program yang digunakan seperti Mail dalam browser Netscape Communicator
atau Express Outlook. Sebagai contoh, konflgurasi dibuat pada browser Netscape
Communicator 4.7, akaun TMnet dan sistem operasi Win98.
Program
Netscape dipasang dengan bantuan CD-ROM yang dibekalkan bersama perkakasan
modem atau dipindahturun dari Internet.
1.
Klik ikon Netscape di laman Desktop A
untuk lancarkan browser dan tetingkap B akan dipaparkan. Skrin B akan muncul
sekiranya konfigurasi e-mel belum dibuat.
2.
Klik butang Next untuk tindakan
seterusnya (Skrin C).
3. Di skrin C, masukkan nama penuh dan alamat e-mel seperti
contoh yang telah dibuat. Klik butang
Next untuk ke skrin D.
4.
Di skrin D, periksa maklumat dan
sekiranya didapati betul, klik Next untuk ke paparan E.
Nota:
Setelah melayari Internet buat pertama kalinya dengan browser Netscape, setting untuk Users akan menambah fail cache seperti di atas (i).
5. Ubah Outgoing mail server dalam skrin E
mengikut peraturan ISP TMnet seperti yang telah dibuat. Klik Next untuk ke
skrin F. (Outgoing mail TMnet: smtp.tm.net.my)
6. Di skrin F, masukkan nama pengguna di Mail
server user name (contoh) dan Incoming Mail Server bagi ISP TMnet. Pilih POP3
untuk jenis e-mel yang digunakan. Klik Next untuk ke skrin G. > (Incoming
Mail TMnet: pop.tm.net.my).
Dalam skrin
G di atas, klik butang Finish dan tetingkap Dial-UP Connection H disediakan
sekiranya ingin terus melayari Internet.
Isikan nama
pengguna dan kata laluan pilihan sendiri, klik butang Connect sambil menunggu
modem disambungkan. Browser Netscape akan menampilkan tetingkap Dial-Up
Connection khas seperti yang tertera di atas. Sekiranya diujudkan ikon
sambungan dari
laman
Dial-Up Networking, tetingkap sambungan yang lain akan tercipta.
Makna-makna paparan tetingkap semasa
ingin ke Internet.
·
Tetingkap A menunjukkan sambungan awal
Cuba dibuat.
·
Tetingkap B, Cuba mengesahkan nama
pengguna dan kata laluan.
·
Tetingkap C berlaku bila talian sibuk
atau kata laluan salah. Periksa kata laluan dan Cuba lagi pada waktu kurang
sibuk.
·
Tetingkap D menunjukkan tiada nada
dail, mungkin disebabkan sambungan talian ke modem tidak kemas. Periksa nada
dail Dan Cuba sekali lagi atau lapur pada pembekal talian telefon mengenai
ketiadaan nada dail.
Masalah mendapatkan
mel elektronik (e-mel)
Sekiranya
kesukaran mendapatkan e-mel buat pertama kalinya, Cuba periksa nama pengguna Dan
alamat e-mel yang tersimpan dalam browser. Browser yang digunakan dalam kes ini
ialah Netscape Communicator 4.7.
1 - Lancarkan Netscape, klik Edit di skrin A
untuk memilih Preferences dan skrin B akan keluar di skrin monitor.
2 - Klik Mail & Newsproups dan pilih
Identity untuk memastikan nama pengguna Dan alamat e-mel seperti contoh dalam
bulatan.
Bersambung ke skrin C. >
3 - Di skrin Preferences C yang sama, klik
Mail Servers, pastikan tiga maklumat di ruangan Incoming Mail Servers, outgoing
mail server dan Outgoing mail server user name seperti yang disyaratkan oleh
pihak ISP.
4 - Klik Edit dan tetingkap D akan
dipaparkan. Pastikan tiga maklumat dalam ruangan yang disediakan adalah betul.
Klik OK dua kali berturut-turut untuk tamatkan pemeriksaan.
Penjagaan modem
Modem luar
atau dalam sama dari segi operasi. Cuma modem luar ada lampu isyarat mengenai
keadaan semasa dalam sambungan. Makna lampu-lampu modem seperti berikut:
CD - Carrier detect (kesan pancaran signal)
RD - Receive
data (menerima data)
TD - Transmit data (menghantar data)
CTR - Data terminal ready (terminal data
tersedia)
SG - Signal ground (signal bumi)
DSR - Data set ready (set data tersedia)
RTS - Request to send (minta untuk dihantar)
Penjagaan modem hanya bila dalam
keadaan ia beroperasi. Ketika hujan ribut, seharusnya sambungan ke Internet
diputuskan dan disambung pada waktu lain. Kilat sebenarnya musuh modem yang
paling ketat. Modem yang disambung dengan talian luar, terdedah kepada unsur-unsur
yang tidak diingini. Walaupun ada peralatan bagi membantu mengelakkan sesuatu
yang buruk berlaku, lebih baik modem ditutup dari menyesal kemudian. Kalau
nasib tidak baik, kemungkinan perkakasan komputer turut rosak. Panahan kilat
bervoltan tinggi sangat bahaya pada peralatan elektronik seperti komputer
umpamanya. Manusia juga tidak terlepas sekiranya tidak berhati-hati dan
mengambil tindakan perlu.
Bila
tiba-tiba saja modem meragam, terutamanya selepas hujan dan setelah puas
beberapa kali tidak berjaya memasang semula driver modem, ia mungkin disyaki
mengalami kerosakan yang paling ditakuti iaitu terkena kilat. Satu cara mudah
menentukan modem terkena kilat atau tidak adalah dengan menyambungkan talian
telefon dan telefon di modem untuk mendengar nada dail. Sekiranya ada, bererti
modem baik dan ada harapan. Sebaliknya jika tiada nada dail, modem mungkin
sudah rosak. Kalau kurang yakin akan kerosakan modem, beri pada juruteknik
komputer untuk membuat ujian yang lebih terperinci. Lepas itu terserahlah ...
dengan panduan penjagaan, amaran sudah diberi...
Ingin tambah pengetahuan mengenai perlindungan perkakasan
dari panahan kilat? Lawat laman-laman web berikut:
Pandangan sebuah rumah pengguna Internet dan sambongan ke
ISP.
Peralatan pengguna dibesarkan secara jelas dan
terperinci.
Semasa ribut petir, modem jangan dipasang bagi
menggelakkan dari disambar kilat. Bagi modem luar, sentiasa ditutup suis modem
bila tidak digunakan. Sambungan talian telefon juga diputuskan dari perkakasan
modem berkenaan.
Menukar kata laluan
TMnet
Kata laluan
harus ditukar untuk mengelakkan dari dikesan atau diketahui orang, Macam-macam
perkara buruk atau kurang baik boleh berlaku sekiranya terdedahnya kata laluan
dan boleh membawa padah kepada pemilik kata laluan berkenaan.
Cara menukar kata laluan untuk pengguna
TMnet agak mudah iaitu dengan mengikut beberapa langkah dan peraturan.
Pertukaran kata laluan TMnet hanya boleh dibuat pada waktu pejabat saja.
Pertama
sekali, pastikan browser yang digunakan menyokong SSL iaitu secure socket
layer. Ini disetkan pada browser itu sendiri tidak kira browser Netscape atau
Internet Explorer. Untuk browser Netscape versi 4.7, cari bahagian Tools,
Security Info dan pilih SSL v3. Pada Netscape versi 6, buang komponen TSL
dahulu sebelurn SSL dapat dipilih. Untuk Internet Explorer 5 pula, klik Tools,
Internet Options, Advanced dan tanda petak SSL 3.0.
Setelah
sernua selesai, layari Internet untuk ke laman TMnet (www.tm.net.my) dan pilih
'Change Password' iaitu bahagian untuk menukarkan kata laluan. Ikut arahan
seterusnya dengan memasukkan ID pengguna serta kata laluan sebanyak dua kali
dan klik 'Submit'. Selepas 24 jam, cuba kata laluan baru untuk pastikan ia
sudah boleh digunakan.
Dalam skrin
di atas, masukkan di ruang 'Location', alamat laman web yang hendak dilayari.
Untuk memudahkan mencari maklumat, cuba guna enjin carian (search engine)
seperti Yahoo, Altavista, Cari, Catcha dan sebagainya.