Ada
berbagai-bagai jenis pencetak yang boleh dipilih untuk pengguna rumah,
antaranya pencetak inkjet (bubble jet) atau pencetak laser. Pencetak dot matrik
kurang popular dan kian berkurangan. Ia sangat bising serta lambat bila
beroperasi tetapi agak penting sekiranya diperlukan untuk membuat stensil
kerana kekuatan mata cetaknya. Pencetak tersebut tidak akan dibincangkan di
sini.
Pencetak
inkjet dan laser ada kelebihan dan kekurangannya. Bagi sesetengah pencetak
inkjet model biasa, kelambatan cetak dan kos ink kartrij (cartridge) yang
tinggi harus diambil kira. Harga sebuah pencetak inkjet agak murah iaitu dalam
lingkungan RM300 berbanding pencetak laser. Harga pencetak laser untuk model
yang paling rendah pula lebih kurang RM900.
Jumlah Cetakan
Jumlah cetakan bagi inkjet model biasa
sebanyak 2 hingga 5 muka seminit (ppm - pages per minute), memerlukan kertas
yang mahal untuk mendapatkan hasil yang baik. Sekiranya ink warna digunakan,
mencetak salinan hitam putih agak perlahan berbanding dalam bentuk warna.
Pencetak
laser lebih laju, dapat mencetak di kertas yang biasa dan murah. Pencetak laser
boleh mencetak sebanyak 8 hingga 12 muka seminit. Dari segi kegunaan ink, kos
bagi pencetak inkjet lebih kurang 8 sen ke 10 sen semuka dan separuh pula bagi
pencetak laser.
Terdapat
juga pencetak inkjet serba guna iaitu selain mencetak ia boleh mengimbas,
fotostat dan menghantar fax, Kebanyakan pencetak inkjet mengeluarkan kualiti
cetakan yang amat cantik.
Pemilihan
pencetak terpulang kepada individu serta kegunaan yang hendak dibuat. Sebelum
membeli pencetak, sebaiknya dapatkan maklumat dari pengeluar seperti jaminan
dan kemampuan mencetak.
Pencetak diperlukan untuk mencetak maklumat (hard copy)
yang dikehendaki. Pemasangan driver amat mudah untuk pencetak keluaran terkini.
Masuk saja driver CD-ROM ke pemacu CD-ROM komputer, ikut arahan dan dengan
sekelip mata pemasangan selesai.
Semasa membuat pembelian pencetak, pastikan diberi
manual, adapter (untuk sesetengah pencetak), satu kartrij inkjet dan driver
CD-ROM. Kabel pencetak tidak dibekalkan dan harus dibeli berasingan atau diberi
oleh penjual pencetak atas dasar persefahaman.
Pandangan sambungan pencetak di port LPT1 di panel belakang komputer ATX.
Kini ada pencetak yang menggunakan port USB untuk mempercepatkan proses
mencetak.
Keterangan sambungan komponen-komponen di panel belakang komputer di atas.
Pencetak - Port LPT I (Line Printer Terminal 1)
Adapter untuk
pencetak - Disambungkan ke punca AC dinding
Papan kekunci - Penyambung PS/2 papan kekunci di papan induk
Tetikus - Port PS/2 tetikus
Monitor - penyambung kad video dan satu kabel lagi ke bekalan
elektrik.