Tips Penjagaan PC
Penjagaan terhadap PC selalunya tidak diberi perhatian yang sewajarnya.
Penyelenggaraan ringkas dan betul menyelamatkan sistem dari kerosakan serius.
Panduan penjagaan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu perkakasan dan
perisian. Tips yang diberi hanya sebagal panduan dan cadangan sahaja, boleh
ditambah atau diubahsuai mengikut kehendak masing-masing. Senarai tips yang
disusun ini mungkin dapat membantu sedikit sebanyak cara-cara mengendali
komputer peribadi.
Penjagaan perkakasan komputer
• Dapatkan
sebuah peranti UPS (Uninterrupted Power Supply atau Voltage Stabilizer) untuk
menyelamatkan data atau perkakasan komputer sekiranya bekalan elektrik tertutup
dengan mengejut atau keadaan arus elektrik yang kurang stabil. Windows sangat
tidak gemar penutupan secara kasar kerana ia memerlukan Shut Down yang
sempurna. Peralatan UPS boleh juga mengurangkan kebisingan pada talian kuasa
elektrik.
• Letakkan
disket dan CD-ROM di dalam bekasnya (jewel box) untuk elak dari debu, kesan
calar atau kelembapan. Pegang CD-ROM dengan tidak menyentuh permukaan kilat.
• Tutup
komputer, monitor dan pencetak dengan penutup plastik atau kain sekiranya ia
tidak akan digunakan agak lama.
Seterusnya tips dalam bentuk rajah dengan cara penjagaan yang meliputi
perkakasan seperti monitor, kotak komputer, bekalan kuasa, CPU, papan kekunci,
tetikus, pembesar suara, mikrofon dan pencetak. Panduan yang diberikan mungkin
bukan yang terbaik tetapi sekurang-kurangnya boleh membuka minda untuk mencari
cara yang lebih sempurna.
Peralatan
Peralatan yang di perlukan untuk penjagaan perkakasan seperti berikut:
• Tisu,
kain, berus lukis berbagai saiz (kecil, sederhana dan besar), kit pencuci CD,
bekas air, sekotak kecil kapas dan kapas bayi.
• Lampu
suluh kecil dan mesin vakum.
Penjagaan Monitor
Penjagaan perkakasan komputer perlu
dilakukan secara berterusan. Ambil satu masa yang terluang untuk melakukan
kerja-kerja pembersihan perkakasan.
Monitor
- Guna tisu atau kain lembap, lap habuk
atau debu dan kesan-kesan jari di permukaan skrin dan badan monitor.
- Kesan degil boleh dibuang dengan kapas yang
dititik cecair pencuci CD.
- Vakum lubang udara dengan dibantu berus
kecil.
- Ubah suis kecerahan dan kontras di panel
monitor ketahap sederhana.
- Untuk memanjangkan hayat monitor, jangan
menutup lubang udara dengan barang perhiasan atau kain tebal.
- Jarakkan monitor dan dinding sebesar 20 cm
untuk laluan udara.
Penjagaan kotak komputer dan kandungan
Perkara-perkara yang boleh dilakukan bagi penjagaan kotak komputer.
- Guna vakurn untuk menyedut habuk dan
debu di sekitar dalam kotak komputer di bahagian-bahagian seperti dalam
rajah di atas. Guna berus kecil untuk sampai di tempat-tempat terlindung
atau sempit.
- Susun kabel-kabel reben dalam kotak komputer agar laluan udara tidak
dihalang di kawasan CPU dan unit bekalan kuasa.
- Penutup komputer harus sentiasa dilekatkan pacia badan komputer untuk
mengelakkan dari debu dan labah-labah berumah.
- Antara kotak komputer dan dinding, harus ada sedikit ruang lebih
kurang 20 cm untuk laluan udara.
Penjagaan unit Bekalan Kuasa
Tidak banyak yang boleh dilakukan mengenai penjagaan unit bekalan kuasa. Satu
dua perkara yang dilakukan boleh menyelamatkan sesuatu keadaan yang mungkin
akan berlaku.
- Vakum debu dan habuk di kawasan kipas A dan dilaluan udara B. Dalam
masa yang singkat, kedua-dua tempat ini akan cepat menyimpan debu dan
boleh menganggu operasi kipas.
- Setelah selesai tugas, pastikan kabel-kabel reben tidak menghalang
arah udara masuk di bahagian B.
- Semasa meletakkan komputer dekat dinding, pastikan laluan udara kipas
unit bekalan kuasa tidak dihalang.
Komputer harus dilindungi dari bekalan elektrik yang tidak stabii seperti
berikut:
- Arus elektrik terlalu tinggi dari bekalan AC dinding.
- Bekalan elektrik terlalu rendah (sag) menyebabkan komputer sering
restart. Talian bekalan elektrik bising.
- Peralatan UPS (Uninterruptible Power Supply) boleh menapis kebisingan
dan menstabilkan bekalan elektrik yang terlalu tinggi atau terlalu rendah.
Penjagaan CPU
Sesekali hati harus berani membuka kipas CPU dari tempatnya untuk
kerja-kerja penyelenggaraan. Kalau dilakukan dengan betul dan cermat, semuanya
akan berjalan dengan lancar.
- Buka empat skru dan keluarkan kipas dari atas CPU. Sink haba dibiarkan
ditempatnya. Sekiranya hendak dibuka, dapatkan bantuan playar muncung
tirus atau pemandu skru kerana klip mencengkam badan soket dengan kuatnya.
CPU tidak perlu dikeluarkan dalam proses ini.
- Vakum celah-celah bilah kipas dan sink haba dengan dibantu berus
kecil.
- Setelah selesai kerja, skrukan balik kipas di atas sink haba dan
pastikan kipas CPU berpusing bila komputer dihidupkan.
Penjagaan Papan Kekunci Dan Tetikus
Apakah dua perkakasan luar yang paling banyak bergerak atau paling aktif.
Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah papan kekunci dan tetikus. Sudah
pasti penjagaannya lebih dari yang lain kerana kedua-duanya juga mudah rosak.
Satu lagi perkakasan yang sangat aktif, tentunya cakera keras yang setiap
ketika berpusing tanpa henti-henti. Penjagaannya lebih kepada penutupan yang
betul dan penyusunan fail yang kerap.
A - Papan kekunci
- Cuci permukaan papan kekunci dengan kain atau tisu lembap.
- Vakum celah-celah kekunci dengan dibantu berus kecil.
- Guna cecair pencuci CD dengan tisu pada tanda-tanda degil.
B - Tetikus
- Pusingkan penutup ke kiri atau ke kanan , keluarkan bebola tetikus dan
cuci dengan kapas campur setitik dua cecair pencuci CD.
- Guna kapas bayi untuk mencuci bahagian dalam tetikus.
- Cuci pad tetikus dengan kain lembap.
Penjagaan Pembesar Suara dan Mikrofon
- Semua perkakasan boleh dicuci sama
ada dengan tisu atau kain lembap. Cecair pencuci CD dengan kapas boleh
digunakan mengikut keadaan terutama kesan kotor pada perkakasan.
- Semasa memasuk dan mengeluarkan kabel kuasa atau kabel signal data,
pegang di bahagian A dan bukan B bagi mengelakkan kerosakan kabel.
Rajah menunjukkan peralatan-peralatan yang digunakan
Penjagaan Pencetak
- Badan pencetak boleh dilap dengan kain atau tisu lembap.
- Buka penutup pencetak, cuci sekitar dalaman dengan tisu kering atau
berus kecil.
- Keluarkan bekas ink (kartrij), cuci di kawasan jet dari lebihan ink
atau kerana terlalu kering.
Cara-cara mengisi ink refill. berbeza mengikut pengeluar masing-masing dan
salah satu cara seperti di bawah.
- Guna pin penebuk untuk membuat lubang kecil di tepi kotak ink dan
isikan sehingga separuh. Biasanya satu botol ink refill boleh diisi
sebanyak dua kali ke dalam kartrij. Penutup botol refill harus sentiasa
ditutup untuk elak dari kecederaan kepada pengguna.
- Ambil pita yang dibekalkan untuk menutup lubang agar ink nanti tidak
mengalir keluar atau tertumpah.
- Kartrij ink boleh digunakan sebanyak lima kali atau lebih.
Penjagaan Perisian - Win95
- Buat satu disket sistem dan salinkan fail-fail penting ke disket.
Labelkan disket sebagai disket No.1. Tujuan fail-fail disalin untuk
membuat partition dan format cakera keras.
- Salin config.sys dan autoexec.bat dari direktori pangkal (root
directory) ke satu disket kosong dan labelkan disket sebagai disket No.2.
Salin semua fail *.ini dalam direktori Windows ke disket yang sama. Bila
berlaku kecemasan seperti sistem kaput atau rosak, salin semula fail-fail
ke direktori yang disalin terdahulu menindih fail-fail lama. Cara ini
kadangkala dapat membaiki kerosakan tanpa membuat perkara-perkara yang
lebih drastik. Tanda * dalam *.ini bererti ia mewakili nama-nama fail
dalam kumpulan 'ini'.
- Setelah kesan fail-fail '*.tmp' (biasanya dalam direktori Temp) dan
'flleOOO?.chk' (biasanya dalam direktori pangkal), padamkan fail-fail
berkenaan. Caranya seperti dilakukan di bawah. Membuang fail-fail tersebut
dapat menambah ruang cakera keras.
- C:\>find *.tmp/s <Enter>
- C:\>?\?\del -*.tmp <Enter> (? direktori di mana fail berada)
- Jalankan program anti-virus, chkdsk dan scandisk setiap minggu atau
bila disyaki sistem tercemar. Buat defrag pada cakera keras setiap minggu
atau sebulan sekali. Tujuan dilakukan semua perkara ini bagi sistem
tersusun kemas dan cakera keras tidak perlu bekerja keras setiap kali ada
pencarian program atau fail.
Driver Perkakasan
- Simpan semua disket atau CD-ROM serta manual yang dibekalkan kerana
sekiranya ada masalah pada sistem, pemasangan dapat dibuat semula dengan
mudah, Salin semua driver ke satu direktori dalam cakera keras satu
tindakan yang bijak, memandangkan hayat disket terlalu singkat dan mudah
rosak. Driver yang dibekalkan dalam CD-ROM amat dialu-alukan kerana ia
senang disimpan dan boleh tahan bertahun-tahun lamanya.
Win95 - Backup Registry dan konfigurasi.
- Buat satu disket kecemasan (Emergency Recovery Disk) menggunakan
CD-ROM Win95. Sebelum itu disket diformat dengan sistem agar boleh
digunakan terus bila komputer hendak dibaiki.
- Sediakan CD-ROM sistem operasi Win95 di pemacu D;
- Klik Start, Run (taipkan D untuk pemacu CD-ROM D: klik Browse, Other,
Misc, ERU, ERU, klik Open dan akhir sekali klik OK.
Ikut arahan sehingga selesai dan simpan disket di tempat yang selarnat
untuk digunakan nanti jika perlu. Fail-fail yang disimpan dalam disket ERD
kebanyakanya dalam bentuk mampat seperti ERD, config.s_s, autoexec.b-t, win.ij,
system.H, protocol-U, user.d-t, system.d-t, io.s_s, command.c_m dan msdos.s-s.
Sekiranya komputer mula meragam, masukkan disket di pemacu A, hidupkan
komputer, semua fail-fail dalam sistem seperti di atas akan digantikan dan
komputer akan berfungsi semula. Kalau komputer masih tidak boleh dibaiki dengan
cara ini, siasat program terakhir atau pemacu perkakasan yang bermasalah.
Buangkan dan pasang semula dengan driver terkini.
- Buat satu salinan sandaran (backup) semua fail-fail konfigurasi
penting dengan CD-ROM Win95.
- Sediakan CD-ROM sistem operasi Win95 di pemacu D;
- Klik Start, Run (taipkan D untulk pemacu CD-ROM D:), klik Browse,
Other, Misc, Cfgback, Cfgback, klik Open dan akhir sekali klik OK.
Ikut arahan dan masukkan nama backup untuk rujukan bila tiba masanya nanti.
Sandaran yang dibuat disimpan dalam cakera keras. Sekiranya ingin restore
Windows yang bermasalah, masukkan CD-ROM Win95 dan taip seperti baris di atas
semasa membuat salinan sandaran, pastikan fail backup terakhir atau yang boleh dipercayai
digunakan. Tanda fail sandaran berkenaan dan tekan kekunci Enter, tunggu
sehingga selesai dan sistem akan beroperasi semula.
Win98 - Backup Registry
- Win98 ada kemudahan tersendiri dalam membuat backup registry. Setiap kali
komputer dimulakan, akan tersimpan satu salinan backup untuk digunakan
bila keadaan memaksa. Secara manual boleh juga dilakukan iaitu dengan
menjalankan program sistem informasi seperti di bawah.
- Klik Start, Programs, Accessories, System Tools dan System
Information.
- Tetingkap A seperti di sebelah akan
terpapar, klik Tools serta Registry checker. Bila Skrin B muncul, klik Yes
(C) dan kemudian OK (D). Satu salinan backup akan tersimpan untuk
digunakan pada saat-saat diperlukan nanti.
- Untuk membetulkan sistem yang meragam setelah tersilap membuat
pemasangan perisian atau pemacu perkakasan, satu perkara yang boleh
dilakukan adalah dengan menjalankan program 'restore' dari simpanan
(backup) registry.
- Mulakan komputer sambil menekan kekunci Ctrl sehingga muncul paparan
'Microsoft Windows 98 Startup Menu' dan pilih safe mode command prompt
only. Kadang-kadang sistem yang bermasalah akan terus ke suasana safe
mode.
- Di skrin akan dipaparkan prom DOS dan seterusnya taip seperti berikut:
- C:\Windows>scanreg/restore <Enter>
Lima senarai registry yang terakhir dipaparkan dengan tarikh-tarikh bila ia
dibuat. Seharusnya pilih satu backup semasa sistem bekerja dengan baik dan
tidak bermasalah. Pilih tab restore dan kalau semua berjalan dengan baik,
sistem operasi akan dapat dijalankan semula dengan sempurna.
Paparan di atas akan muncul bila registry cuba dibetulkan dengan fail
scanreg yang tersimpan dalam Win98.